Dua Bantuan Besar Akan Dibayar Pada 25 April

 

Dua Bantuan Besar Akan Dibayar Pada 25 April

Selain daripada pembayaran Pengeluaran Khas bermula 18 April lepas. Terdapat lagi beberapa insentif pihak kerajaan kepada rakyat yang layak sempena Aidilfitri ini.

DUA BANTUAN BESAR AKAN DIBAYAR

Sehubungan dengan itu, terdapat dua bantuan yang akan dibayar pada tarikh yang sama iaitu 
  • 25 April ini.
Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu sebilangan rakyat membeli barang keperluan sempena hari raya Aidilfitri yang tidak lama menjelma.

Untuk mengetahui, apakah dua bantuan tersebut sila rujuk di bawah.

1) BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM 500

Salah satu bantuan tersebut adalah bantuan khas Aidilfitri RM 500 dan RM 250. Pihak kerajaan akan memberi bonus tambahan sempena Aidilfitri untuk setiap tahun termasuklah tahun ini.

Ia bertujuan untuk membantu rakyat yang layak membeli barang untuk menyambut hari raya.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk bantuan ini adalah
  • Bantuan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
  • Bantuan RM 500 turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MyStep.
  • Bantuan RM 250 pula diberikan kepada pesara penjawat awam sahaja.

TARIKH BAYARAN

Menurut Perdana Menteri, pembayaran bantuan ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada
  • 25 April

2) BANTUAN BULAN MEI JKM DIAWALKAN

Manakala, bantuan kedua yang akan dibayar pada tarikh yang sama adalah bantuan bulan Mei Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sedia maklum, terdapat beberapa bantuan di bawah JKM ini dibayar secara bulanan. Oleh hal demikian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa pembayaran untuk bulan Mei akan dipercepatkan.

Perkara ini sempena Aidilfitri yang akan disambut kelak.

TARIKH BAYARAN

Oleh hal demikian, bayaran bulan Mei JKM akan mula dibayar pada
  • 25 April hingga 30 April ini

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM

  1. Bantuan Kanak-Kanak
  2. Bantuan Anak Pelihara
  3. Bantuan Warga Emas
  4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  5. Bantuan Am Persekutuan
  6. Bantuan Am Negeri
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
  9. Bantuan Latihan Perantis

0 thoughts on “Dua Bantuan Besar Akan Dibayar Pada 25 April”

Leave a Reply to Abdulnajib Cancel reply