eKasih 2024 : Panduan Pendaftaran & Semakan Kelayakan

eKasih atau Portal Pembasmian Kemiskinan kini menjadi anatara portal utama untuk melayakkan diri sebagai penerima bantuan yang terdapat dalam e-Kasih.

Portal e-Kasih merupakan sebuah portal yang menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah data Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau yang terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

e-Kasih 2024

Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM 1,500 sebulan yang berada di bandar atau RM 1,000 sebulan yang berada di luar bandar digalakkan untuk mendaftar dalam portal e-Kasih.

Data-data di dalam sistem ini akan disepadukan dengan data agensi lain bagi memudahkan proses pemberian bantuan.

DATA YANG TERDAPAT PADA SISTEM EKASIH

  • Maklumat asas KIR & AIR
  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat tempat tinggal
  • Pekerjaan dan 
  • Pendapatan 

Bagi penerima BPR, pemberian bantuan akan berteraskan data-data dahulu.

Jadi anda perlu mengemaskini maklumat dari masa ke masa supaya proses pemberian bantuan akan berjalan lancar.

PENDAFTARAN e-KASIH

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu atau orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah melalui

  • telefon
  • surat
  • emel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

PERMOHONAN ONLINE e-KASIH

Permohonan eKasih boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui portal rasmi e- Kasih

  • ekasih.icu.gov.my

Menerusi sistem ini, pengguna boleh membuat :

  • Semakan status kemiskinan secara dalam talian
  • Penyelaras maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara dalam talian
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Pemantauan kemiskinan