GKP 4.0 : Bantuan RM 500 Pada September

 

Pada pengumuman pelan PEMULIH isnin lalu, salah satu inisiatif yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah pelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0 atau GKP 4.0.

Pelaksanaan GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil terutamanya mereka yang masih belum dibenarkan beroperasi.

Jumlah Bantuan

Bekas Perdana Menteri mengumumkan bahawa GKP 4.0 akan dibayar pada bulan September dan November.
  • Pembayaran adalah sebanyak RM 500 pada bulan September dan RM 500 pada November
  • Menjadi jumlah terkumpul ialah RM 1,000
Syarat Kelayakan 


Tiada syarat kelayakan yang diperlukan setakat ini, pembayaran adalah secara automatik sekiranya anda merupakan penerima GKP 3.0 dan lain-lain.

Permohonan Baharu GKP 4.0 ?

Permohonan GKP 4.0 telah dibuka bermula tempoh hari iaitu bermula
  • 15 Julai sehingga 31 Julai
Tarikh Bayaran GKP 4.0 September ?


Untuk setakat ini tiada tarikh rasmi berkenaan pembayaran GKP 4.0 yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Menerusi informasi terbaru, pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya penghujung September ini.

0 thoughts on “GKP 4.0 : Bantuan RM 500 Pada September”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply