GKP 4.0 : BAYARAN AKAN DIKREDITKAN BERMULA 21 SEPTEMBER

 

 

Bulan September merupakan bulan yang penuh dengan bayaran pelbagai bantuan. Setelah bayaran i-Citra dan BKC dikreditkan, kini masa untuk bayaran GKP 4.0 pula.


Ramai para peniaga sedang menunggu tarikh bayaran GKP 4.0 September setelah dilancarkan pada Jun lalu. 

Oleh itu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media berhubung tarikh bayaran GKP 4.0

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Sukacita diumumkan bahawa pembayaran GKP 4.0 akan bermula secara berperingkat bermula
  • 21 September 2021
Usaha ini sebagai tanda bahawa kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan khususnya Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) MIKRO, dengan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin 4.0

CARA BAYARAN

Bayaran adalah secara automatik ke akaun bank yang anda daftarkan dalam permohonan yang lalu. Ingin diingatkan bahawa pembayaran adalah secara berperingkat.

JUMLAH BANTUAN

Bekas Perdana Menteri mengumumkan bahawa GKP 4.0 akan dibayar pada bulan September dan November.
  • Pembayaran adalah sebanyak RM 500 pada bulan September dan RM 500 pada November
  • Menjadi jumlah terkumpul ialah RM 1,000
SYARAT KELAYAKAN


Tiada syarat kelayakan yang diperlukan setakat ini, pembayaran adalah secara automatik sekiranya anda merupakan penerima GKP 3.0, GKP 2.0 dan sebelumnya.

PERMOHONAN BAHARU GKP 4.0 ?

Permohonan GKP 4.0 telah dibuka bermula tempoh hari iaitu bermula
  • 15 Julai sehingga 31 Julai

0 thoughts on “GKP 4.0 : BAYARAN AKAN DIKREDITKAN BERMULA 21 SEPTEMBER”

Leave a Reply to Tanpa Nama Cancel reply