GKP Tambahan, Bantuan RM 500 Dan RM 1000

 

Pada Januari 2021, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) dalam perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Apakah Itu GKP Tambahan ?

GKP tambahan adalah sebuah bantuan kewangan yang dibayar secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0).

Ia bertujuan untuk meringankan beban penerima sewaktu pandemik ini.

Jumlah Bantuan ?


Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh pemohon ialah berjumlah RM 500 dan RM 1000.

Penerima yang berada di negeri PKP akan dibayar one-off RM 1000.

Manakala di negeri lain pula akan dibayar RM 500.

Syarat Kelayakan ?

Tiada syarat kelayakan diperlukan kerana GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Rayuan.

Syarat tersebut berbeza dengan syarat kelayakan GKP sebelum ini.


Boleh rujuk syarat di bawah :
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM 300,000
  • Tidak pernah memohon / tidak pernah menerima GKP 1.0
  • Terbuka kepada pemohon lama atau baru yang tidak menerima GKP 1.0
  • Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelem 1 September 2020
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Cara Permohonan ?

Tiada permohonan diperlukan untuk GKP Tambah PERMAI ini.

Cara Pembayaran ?

Pembayaran RM 500 dan RM 1000 tersebut akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak sebelum ini.

0 thoughts on “GKP Tambahan, Bantuan RM 500 Dan RM 1000”

  1. saya appeal pun gagal, alasan dokument yg kita gambar tak dapat dibuka selepas saya call LHDN..kecewa sangat, sbb masa tak npk dokumen langsung tak call…

    Reply

Leave a Reply to N.D.A Cancel reply