i-Citra : Semakan Tarikh Pembayaran dan Jadual Jumlah Duit Masuk Mulai Ogos

 

Pembayaran i-Citra untuk bulan pertama akan menjelang tidak lama lagi. Disebabkan itu, pasti ramai bakal penerima tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar pembayaran dilakukan kepada mereka serta bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra dilakukan.

Sedia maklum, pelaksanaan i-Citra ini akan dilukukan selama 5 bulan sahaja bermula Ogos (mengikut permohonan). Oleh itu, dengan mengetahui tarikh sebenar dan jadual i-Citra akan memudahkan para pencarum.

Oleh itu, sila baca maklumat dibawah untuk mengetahui info penuh berkaitan CARA SEMAK & JADUAL PEMBAYARAN i-Citra 2021.

CARA SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Anda mempunyai 2 cara untuk menyemak tarikh pembayaran. Berikut adalah cara-caranya :

1) Semakan tarikh pembayaran melalui laman rasmi i-Citra
  • Anda hanya perlu layari web rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
  • Masukkan maklumat yang berkaitan
  • Status kelulusan & pembayaran akan dipaparkan
  • Contoh paparannya ialah ‘Bayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada 5 Ogos 2021.’

2) Semakan tarikh bayaran i-Citra melalui i-Akaun

Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
  • Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  • Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
  • Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
  • Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  • Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan 
  • Anda boleh rujuk gambar contoh di bawah

SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS OGOS


Pembayaran i-Citra adalah sama juga seperti pembayaran i-Sinar dan i-Lestari yang dilaksanakan sebelum ini.

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
  • Jika pada i-Akaun anda, kolum ‘Monthly Recurring End Date’ bertarikh pada 2 Disember seperti gambar contoh di atas, ia bermakna tarikh pembayaran untuk setiap bulan ialah pada tanggal 2.
  • Tetapi, tarikh i-Citra ini turut akan berubah sekiranya tarikh jatuh pada hujung minggu (weekend).
  • Anda hanya perlu rujuk tarikh penerimaan akhir seperti diatas untuk mengetahui tarikh pembayaran bulanan.

0 thoughts on “i-Citra : Semakan Tarikh Pembayaran dan Jadual Jumlah Duit Masuk Mulai Ogos”

  1. Sy punya i-citra tak masuk lg.. tarikh 9hb..sy ad terima mesej dari KWSP,die bagitau duit dah masuk ke account sy..tapi saya cek tak ada.boleh jelaskan?

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply