i-SARAAN : KWSP Beri Bantuan RM 250 Kepada Rakyat Malaysia

 

i-Saraan KWSP merupakan salah satu inisiatif di bawah SKIM PENJANA yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Mei tahun lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap insentif geran padanan yang diberikan ini akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.

i-SARAAN KWSP

Insentif Persaraan atau i-Saraan dengan caruman sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksimum RM 250 setahun

MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA

Berikut merupakan antara manfaat yang bakal diterima oleh pencarum

  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap
  • Pencarum mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda
  • Membolehkan pencarum menerima insentif 15% atau RM 250 setahun
  • Bantuan kematian sebanyak RM 2,500 mengikut terma dan syarat KWSP
SENARAI GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI

Di bawah merupakan senarai golongan yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :
  1. Petani 
  2. Nelayan
  3. Pemandu teksi / e-hailing
  4. Pengasuh bayi
  5. Ejen insurans dan hartanah
  6. Freelancer seperti penyanyi,pelakon,perunding dan lain-lain
  7. Pemilik perniaagan dalam talian
  8. Pemilik perniagaan
  9. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  10. Suri rumah
  11. Sudah berpencen
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


BERIKUT merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Warganegara Malaysia
  • Individu bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja pencen
  • Pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
CARA UNTUK MOHON 


Kepada yang berminat melakukan permohonan i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :
  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA SAHAJA) DOWNLOAD BORANG
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (SEMASA BAYARAN) DOWNLOAD BORANG
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran – tiada had
  • Maksimum pembayaran – RM 60,000 setahun untuk semua pencarum

0 thoughts on “i-SARAAN : KWSP Beri Bantuan RM 250 Kepada Rakyat Malaysia”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply