i-Sinar : Syarat Kelayakan Akan Dimansuhkan

 

Berita baik kepada pencarum dan pemohon i-Sinar KWSP. Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar.


Kenyataan Tengku Zafrul

Pemansuhan itu dilalkukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan pandangan orang awam.

Beliau berharap langkah ini dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

Perincian Pengeluaran

Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada akaun 1 tanpa sebarang syarat.

Kepada yang sedang memohon i-Sinar untuk kategori 1 dan 2, permohonan anda akan diluluskan secara automatik.

Tengku Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktuk pengeluaran baharu ini.



0 thoughts on “i-Sinar : Syarat Kelayakan Akan Dimansuhkan”

  1. Assalamualaikum nak tanya.mase mohon suami saya tidak tahu ada berapa KWSP .jadi suami mohon 6000 saja. Selepas itu baru kami buat semakan suami ada 12ribu.. boleh ke suami mohon tambah lagi 4 ribu?

    Reply

Leave a Reply to lyboh Cancel reply