Ini Senarai Bantuan Tambahan RM100 Setiap Bulan Penerima STR 2024

Ini Senarai Bantuan Tambahan RM100 Setiap Bulan Penerima STR 2024. Sumbangan Asas Rahmah atau SARA ialah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR 2024.

Bantuan tambahan ini diberikan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024 untuk pembelian barang dapur melalui kedai yang terpilih.

Cara Mohon

Tidak perlu memohon. Bantuan tambahan RM100 diberikan berdasarkan data semak silang dan mereka yang layak terima STR 2024.

Semak status

  • Layari https://www.mykasih.com.my/
  • Tekan semak status
  • Masukkan no kad pengenalan
  • Tekan semakan status sekali lagi
  • Maklumat anda kemudian dipaparkan

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM100

Bayaran MyKasih bagi negeri semenanjung Malaysia bermula pada 22 Januari 2024.

Manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari 2024.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran MyKasih 2024 ialah RM100 untuk kategori isi rumah.

Manakala bagi warga emas tiada pasangan dan bujang pula akan terima RM50 setiap bulan.

Syarat Kelayakan MyKasih 2024

Syarat kelayakan mykasih 2024 adalah berasaskan kepada status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan e-Kasih iaitu data rujukan agensi kerajaan dan kementerian.