Jadual Pembayaran Bantuan JKM Bulan Januari 2021

 

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. 

Objek pemberian bantuan ini tidak lain dan tidak bukan selain daripada memenuhi keperluan asas, alat sokongan sosial, alat pemulihan dan sumber kewangan sementara kepada penerima bantuan. 

Jadual Pembayaran Bagi Bulan Januari 2021

Pembayaran bagi bulan Januari telah pun bermula pada 10 dan 11 Januari 2021 lalu. 

Sekiranya anda belum menerima pembayaran, anda perlu menunggu beberapa hari setelah tarikh di atas kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat.

Senarai Bantuan Kebajikan 


Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) 
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) 
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) 
  5. Bantuan Orang Tua (BOT) 
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) 
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) 
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) 
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) 
  10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS) 
Cara Permohonan Bantuan 


Cara untuk membuat permohonan iaitu secara online (atas talian) dan setelah itu perlu pergi kemana-mana cawangan JKM yang berdekatan.

1. Secara Online (Atas Talian)
  • Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini :
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi. 
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’
2. Manual
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah :

Pemohon atau wakil perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kerajaan atau swasta.
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu dibawa selain dokumen di atas.

0 thoughts on “Jadual Pembayaran Bantuan JKM Bulan Januari 2021”

  1. sy da antar borang secara manual di pejabat jkm..pd bln 11 thn lps….tp masih xtau status permohonan tu lulus ke tak…sy ibu tunggal pd 4 org anak…yg paling bongsu umur6 bulan…suami tak balik da setahun lebih…

    Reply
  2. sya pula dpt bntuan bkk asal dpt 400 tp skrg dpt 200 sje sbb 2 dri ank sye dh x sekolh.. jd 200 je lh dpt ….harap ape yg dijnjikn akn dilaksanakn utk bkk bln 1 ni sorgvnaik dri 100 ke 200

    Reply
  3. Sy punye dah lulus bulan 1 xdapat bulan 2 xthu bila sy ada wapsup pegawai jkm.. Langsung x balas, malah di blok wapsup sy… Sy cuma nk tye bantuan bg kanak2 bila masok..

    Reply
  4. Hmm. Sama la. Bulan 1 punya x masuk lg. Bulan 2 ni pn xtau bila masuk bantuan BKK. Lambat sbb kenaikan kadar bantuan kata staff jkm..kena sabar.

    Reply
  5. Saya oku, mohon bantuan sudah lulus hujung bulan november 2020, tapi sehingga bulan mac 2021 satu sen pon masih belom dapat lagi, apa perasaan jikalau org jkm tak ada wang

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply