Jawatan Kosong Anggota Bomba 2022

 

Kepada rakyat yang sedang mencari pekerjaan, terdapat berita baik untuk anda. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah membuka beberapa jawatan kosong untuk pengambilan ahli baru. Untuk mengetahui info lanjut, sila baca artikel ini sehingga habis.

MAKLUMAT JAWATAN

Untuk pengetahuan anda, pengambilan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk memegang jawatan sebagai anggota BOMBA. 

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu yang sedang membuka jawatan kosong ini.
Manakala jawatan yang ditawarkan ialah :
  • PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB)
  • PEGAWAI BOMBA BANTUAN KESELAMATAN DI AIR (PBB SWART)
Tarikh Tutup Permohonan : Untuk pemakluman anda, permohonan jawatan kosong ini dibuka sehingga

  • 1 Februari 2022

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat permohonan :
  • Warganegara Malaysia
  • Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana skim sukarelawan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
  • Kelayakan minimum pendidikan ialah Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Lelaki berketinggian tidak kurang daripada 1.57 meter manakala perempuan tinggi tidak kurang 1.53 meter
  • Berat badan untuk lelaki tidak kurang daripada 48 kg dan perempuan tidak kurang 46 kg
  • Mempunyai penglihatan yang baik / Tidak menggunakan cermin mata rabun
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat

LOKASI JAWATAN

Berikut ialah lokasi-lokasi kekosongan jawatan yang ditawarkan termasuklah :
  • BBP Kuala Nerus (PBB SWART)
  • BBP Dungun (PBB SWART)
  • BBP Kijal
  • BBP Kemaman
  • BBP AMBS
  • BBP Cheneh

INSENTIF YANG DITAWARKAN

Berikut ialah antara insentif yang ditawarkan kepada pemohon yang layak :
  • Kadar elaun adalah RM 8 /sejam
  • Pakaian uniform dibekalkan
  • Perlindungan insurans

CARA PERMOHON

Kepada yang berminat, sila dapatkan borang permohonan daripada balai bomba yang dinyatakan pada lokasi jawatan di atas.
Tiada permohonan online buat setakat ini.

0 thoughts on “Jawatan Kosong Anggota Bomba 2022”

  1. Assalamualaikum.nama saya Mohammad Firdaus bin Amir umur saya 19 tahun tinggal di Chendering balai teluk intan perak.saya ingin memohon pegawal bomba dan penyelamat.kerana saya sangat minat menjadi bomba.selain itu saya ingin berkerja kaki tangan kerajaan.kerana kaki tangan kerajaan susah untuk membuang pekerja.itu sahaja dari saya.saya harap tuan boleh menerima saya dalam pengambilan pegawal bomba

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply