Pembayaran BKM Fasa 4 akan bermula tidak lama lagi. Mesti terdapat di antara anda masih tertanya-tanya mengikut jumlah bantuan khususnya bagi setiap keluarga yang layak.
Berikut adalah artikel mengenai jumlah BKM Fasa 4 bagi setiap keluarga
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dilaksanakan dalam 3 pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun dan September lepas.
Kini berbaki 1 pembayaran iaitu pada 15 November 2022 ini. Pembayaran tersebut diawalkan untuk persediaan musim Monsun Timur Laut seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.
JUMLAH BKM FASA 4 BAGI SETIAP KELUARGA
Istilah keluarga atau lebih dikenali sebagai kategori ISI RUMAH merupakan antara kategori yang menerima manfaat terbesar melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Berikut adalah jumlah yang bakal diterima.
1. Kategori Isi Rumah – 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan ke atas – RM 900
Pendapatan bulanan RM 2,501 – RM 5,000
- 0 anak – RM 100
- 1-2 anak – RM 200
- 3 dan ke atas – RM 300
2) Kategori Isi Rumah – 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas RM 300
Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan ke atas – RM 900
Pendapatan bulanan RM 2,501 – RM 5,000
- 0 anak – RM 100
- 1-2 anak – RM 200
- 3 dan ke atas – RM 300
3. Kategori Isi Rumah (IBT) yang mempunyai anak – Tiada Had Umur &
Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan ke atas – RM 900
Pendapatan bulanan RM 2,501 – RM 5,000
- 1-2 anak – RM 200
- 3 dan ke atas – RM 300
JADUAL PEMBAYARAN
Pembayaran BKM Fasa 4 dijadualkan bermula 15 November 2022 ini. Pembayaran ini akan didahulukan kepada pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) dan akan diteruskan kepada pemegang kad bank-bank lain.
Terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa perihatin terhadap rakyat jelata