Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Diubah Mulai 8 Mac

 

Setelah pembayaran Kategori 2 yang telah dilaksanakan bermula 2 Mac lalu, sedia maklum KWSP turut membuat kenyataan berkaitan permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat boleh dilakukan bermula 8 Mac depan.

Selain itu, KWSP juga membuat kenyataan berkaitan perubahan maklumat i-Sinar. Sebelum ini, ramai pemohon yang telah membuat kesalahan tersilap memasukkan amaun keluaran dan lain-lain.

Perubahan Maklumat i-Sinar

KWSP mendengar rintihan para pemohon, disebabkan itu ahli akan diberikan kelonggaran membuat perubahan maklumat akaun permohonan i-Sinar bermula pada :


  • 8 Mac (Isnin) 
  • Sama tarikh dengan permohonan baharu i-Sinar iaitu 8 Mac juga
Perubahan Yang Boleh Dibuat 

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelonggaran membuat pindahan ialah seperti berikut 
  1. Jumlah dipohon
  2. Pengubahan maklumat bank
  3. Alamat
  4. Nombor telefon
  5. Mod pembayaran i-Sinar 
Perubahan boleh dibuat menerusi portal rasmi i-Sinar.

0 thoughts on “Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Diubah Mulai 8 Mac”

  1. Assalamualaikum,,kepada kepada (KWSP)KERANA MEMBERI KEBENARAN TANPA SYARAT KEPADA KAMI,,,KAMI DOAKAN (KWSP) SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI YANG TAK TERKIRA BANYAKNYA,,AMIN YA ALLAH,,DAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA JUGAK TERIMA KASIH KERANA MENDENGAR SUARA KAMI,,JIKA KAMI TIDAK KELUARKAN (KWSP)DARI MANA KAMI HENDAK MENCARI DUIT UNTUK MENAMPUN KEHIDUPAN SEHARIAN KAMI,,AKAN KAMI NAK MENANTI BANTUAN KERAJAAN SAJA,, ITUPUN CUKUP UNTUK DUA HARI SAHAJA KALAU ADA KELUARGA YANG RAMAI MACAM MANA PULAK TU,,AKAN NAK PINJAM DUIT ALONG PULAK KAN,,TAK PASAL-PASAL KENA BELASA PULAK SEBAB TAK BOLEH BAYAR,, DENGAN ADANYA DUIT (KWSP)KAMI DAPAT BERNAFAS SEDIKIT RINGANKAN MASALAH KAMI(SEKIAN TERIMA KASIH,,GIKA ADA SILAP TULIS ATAU TERKASAR BAHASA DALAM TULISAN SAYA MAAF SAYA ORANG KAMPUNG YANG YANG BERASAL DARI JOHOR YANG TIDAK BERPELAJAR TINGGI HANYA MAMPU BERCUKUR KEPADA ,,ALLAH,, KERANA MEMBERI KEMUDAHAN SEDIKIT MELALUI+KWSP+) ASSALAMUALAIKUM,, SALAH SEJAHTERA SEMUA KEPADA &&&KWSP DAN KERAJAAN &&&

    Reply
  2. Bagaimana macam saya yg sudah pun keluar tetapi pasa Masa tu ada had pengeluaran. Boleh kah saya membuat permohonan yg baru sebab yg telah saya keluarkan mengikut had yg telah ditetap kan oleh pihak kwsp sedang kan sekarang ada kelonggaran had. Jumlah yg saya keluarkan dulu mengikut had yg telah di tetap kan jauh dari jumlah yg sepatut nya macam jumlah yg di benarkan sekarang…tq

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply