Jumlah Penuh Pembayaran BPR Fasa 2 Untuk Penerima Lama


Sedia maklum bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 akan mula dikreditkan pada 7 Mei sehingga 2021.

Pembayaran terbahagi kepada 2 kategori. Kategori pertama ialah penerima lama manakala kategori kedua ialah penerima baharu.


Penerima lama ialah penerima yang sudah menerima BPR Fasa 1.

Manakala penerima baharu bermaksud pemohon yang membuat permohonan sehingga Februari lalu dan telah lulus. Penerima baharu ini tidak mendapat bayaran pada Fasa 1. Oleh itu, jumlah pembayaran antara penerima lama dan baharu untuk fasa 2 adalah berbeza.

Pada penulisan kali ini, kami akan menerangkan jumlah pembayaran untuk penerima lama pada fasa 2.

Amaun Pembayaran Untuk BPR Fasa 2 (Penerima Lama)


1) Isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah

Mereka yang mempunyai 0-1 anak akan mendapat RM 400 pada fasa 2 ini. 

Begitu juga dengan isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas anak turut menerima bayaran RM 400 untuk fasa.

2) Isi rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000

Isi rumah yang memiliki 0-1 anak akan menerima bantuan BPR pada fasa 2 sebanyak RM 300.

Keluarga yang mempunyai 2 dan ke atas anak turut menerima sebanyak RM 300.

3) Isi rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000

Penerima yang mempunyai 0-1 jumlah anak akan menerima RM 100 termasuklah pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Manakala isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas jumlah anak, akan menerima RM 250 pada BPR Fasa 2.

4) Bujang

Sedia maklum, pada fasa 1 penerima kategori bujang telah dibayar sebanyak RM 150.

Manakala baki bantuan sebanyak RM 200 akan dibayar pada 7 Mei nanti. Ini bermakna, tiada pembayaran dilakukan untuk kategori bujang pada Fasa 3 nanti.


0 thoughts on “Jumlah Penuh Pembayaran BPR Fasa 2 Untuk Penerima Lama”

  1. Tak nak kate ape pada menteri skrg ne…diorang tak terpikir ke pkp mcm ne pendapatan rakyat terjejas dh 2 thn pendapatan rakyat terjejas…rm400 utk anak lebih dr 2 …bukan tak bersyukur..tpi asyik rakyat je nk memahami kerajaan..kerajaan menteri2 semua bila masanya nak memahami situasi rakyat…

    Reply

Leave a Reply to Nora Eirfanzs Cancel reply