Selain daripada golongan isi rumah, ibu bapa tunggal dan warga emas, golongan bujang turut menerima STR Fasa 3.
Tetapi jumlah STR Fasa 3 bujang terbahagi kepada 2 iaitu penerima baharu dan lama.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
Bantuan kewangan ini atau Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah sebuah bantuan kewangan yang akan dikreditkan kepada penerima dalam empat peringkat mengikut kelayakan masing-masing.
Ini adalah salah satu tugas kerajaan untuk sentiasa ambil peduli mengenai kebajikan rakyat.
BANTUAN KEWANGAN STR 2023
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini bukan semua kategori layak terima bantuan kewangan RM 2,500 berkenaan.
Ini adalah jumlah penuh bantuan bagi tahun 2023 mengikut kelayakan masing-masing
KATEGORI ISI RUMAH
BERPENDAPATAN RM 0 - RM 2,500
- 0 Anak - RM 1,000
- 1-2 Anak - RM 1,500
- 3-4 Anak - RM 2,000
- 5 ke atas - RM 2,500
BERPENDAPATAN RM 2,501 - RM 5,000
- 0 Anak - RM 500
- 1-2 Anak - RM 650
- 3-4 Anak - RM 1,000
- 5 ke atas - RM 1,250
WARGA EMAS SEBATANG KARA - 60 TAHUN KE ATAS
- RM 600
BUJANG 21-59 TAHUN (RM 0 - RM 2,500)
- RM 350
BUJANG OKU 19-59 TAHUN (RM 0 - RM 2,500)
- RM 350
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3
Kategori Isi Rumah RM 0 - RM 2,500
- Tiada anak - RM 300
- 1 Hingga 2 - RM 400
- 3 Hingga 4 - RM 600
- 5 Dan Ke Atas - RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 - RM 5,000
- Tiada Anak - Tiada bayaran
- 1 Hingga 2 - RM 150
- 3 Hingga 4 - RM 200
- 5 Dan Ke Atas - RM 250
Bujang, Bujang OKU & Warga Emas
- RM 100 - RM 150
- Bayaran RM 100 untuk penerima lama
- Bayaran RM 150 untuk penerima baharu yang belum menerima fasa 1 dan 2
TARIKH BAYARAN
Perdana Menteri umumkan bahawa STR Fasa 3 akan dibayar pada 26 Jun 2023. Walau bagaimanapun, pada Jumaat 23 Jun terdapat sebilangan penerima sudah menerima bayaran STR Fasa 3.