Kemas Kini Maklumat Bank Anda Untuk Menerima Bantuan RM 500

 

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas Prihatin ialah salah satu bantuan kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan tersebut tatkala negara sedang menghadapi dalan fasa pemulihan.

Ia merupakan komitmen kerajaan untuk membantu para PKS Mikro meneruskan pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH yang dilancarkan pada Jun lalu.

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 pada November ini adalah sama seperti bayaran Fasa 1 lepas iaitu
  • RM 500 bakal diterima pada GKP 4.0 Fasa 2
  • Ia merupakan pembayaran lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM 500 yang telah dibayar pada September lepas.
  • Jumlah keseluruhan bantuan ialah RM 1,000

KEMAS KINI AKAUN BANK 

Sedia maklum walaupun ramai yang menerima bayaran GKP 4.0 Fasa 2 tetapi terdapat sebilangan rakyat belum menerima bayaran. 

Ia kerana pembayaran tersebut gagal kerana status
  • GAGAL KREDIT
Antara sebab kenapa pembayaran anda gagal kredit ialah nombor akaun bank anda tidak dapat dikesan kerana mungkin anda isi nombor akaun bank yang tidak tepat. Disebabkan itu, sehingga kini anda masih belum menerima bayaran.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan ambil maklum terhadap perkara tersebut. Oleh itu, kemaskini boleh dibuat.


TARIKH KEMAS KINI

Kepada penerima yang merupakan status gagal kredit, pengemaskinian maklumat akaun bank 
  • boleh dibuat bermula 6 Disember sehingga 20 Disember sahaja.
  • Anda perlu kemas kini maklumat akaun bank dalam tarikh yang ditetapkan sahaja

CARA KEMASKINI 

Berikut merupakan panduan untuk kemas kini akaun bank anda, 
  1. Layari portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan ID PENGGUNA dan klik SEMAK
  3. Masukkan kata laluan  dan sila LOG MASUK
  4. Klik MENU KEMAS KINI AKAUN BANK
  5. Masukkan nombor akaun bank anda dengan betul dan teliti

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklum lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi talian Care Line 
  • 03-8911 1000

0 thoughts on “Kemas Kini Maklumat Bank Anda Untuk Menerima Bantuan RM 500”

  1. Navamani a/p subramaniam maybank 114115225295..mohon sangat2 untuk dpt balik ,hanya dgn harapan bantuan saja kami ada untuk menanggung hidup kami sebagai ibu tunggal anak tiga..

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply