Ketahui 45 Jenis Penyakit MySalam Yang Boleh Anda Tuntut RM 8,000 atau RM 50 Sehari

Seperti yang kita sedia maklum, MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat penyakit yang dihadapi.

Jenis Bantuan Diberikan 

  • Menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  • Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 Setahun
Senarai 45 Penyakit Yang Anda Boleh Tuntut

Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit di bawah, anda boleh membuat permohonan MySalam serta menuntut jenis bantuan yang di atas.
  1. Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningtis Bakteria 
  4. Tumor Otak Benign
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomipati
  9. Anemia Aplastik Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS gejala penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV
  21. Kegagalan Buah Pinggang
  22. Kehilngan upaya hidup sendiri (Berdikari)
  23. Hilang keupayaan bertutur
  24. Trauma kepala major
  25. Sumsum Tulang
  26. Penyakit neuron motor
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan anggota
  30. Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok / Angin Ahmar
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistematik 
  36. Kelecuran Tahap 3
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic 
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Penyakit Untut 
  45. Penyakit Lembu Gila
MAKLUMAT LANJUT : MYSALAM
Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

0 thoughts on “Ketahui 45 Jenis Penyakit MySalam Yang Boleh Anda Tuntut RM 8,000 atau RM 50 Sehari”

Leave a Reply to MOHD.AZLAN Cancel reply