KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000

 

Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emiritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu untuk mengeluarkan simpanannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat.

Menurut beliau, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 walaupun harga saham agak rendah ketika ini.

Bagaimanapun, ia harus diteliti kerana kebanyakan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakan dari mereka kurang daripada RM 1,000.

“Oleh itu, matlamat pengeluaran bagi i-Sinar dan i-Lestari 2.0 ini haruslah tepat kerana kemungkinan besar jika dibuka , ia lebih memberi manfaat kepada golongan B40 dan T20 sahaja berbanding B40 yang lebih memerlukan baki pinjaman yang ada” katanya.

Barjoyai menambah, jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi, selain pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari dapat membanti rakyat untuk jangka masa yang pendek.


Malah, pengeluaran yang dibuat secara one-off maksimum RM 10,000 untuk semua ahli pasti mempunyai kesan positif untuk membantu ekonomi yang dikenali sebagai kesan pengganda.

“KWSP sudah mengeluarkan lebih RM 78 bilion daripada pendeposit di bawah i-Sinar, namun ia masih menunjukkan prestasi keuntungan yang baik.”

“Ia dilihat dapat membantu dalam jangka masa pendek dimana penyimpan yang masih ada baki akan berpendapat bahawa ini merupakan satu peluang.”

Sumber : Sinar Harian, XTRA

0 thoughts on “KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000”

  1. Berharap sangat dapat sambung lagi isinar dan ilestari.. Utk menampung kehidupan sekarang ni… Dengan suami pun dh tak blh kja sbb kilang tak buka, nak apply perkeso, pemerkasa ke apa smua tu sangat susah nk dapat sbb company suami tak ada potong epf,mana nak dapat duit utk bayar sewa rmh, kereta, sekolah ank, api air, susu ank blnja harian kalau suami tak blh pergi kerja kerana pkp lockdown ni… Kita tau dan paham demi kebaikan smua rakyat, tapi bagi kmi ni mana nak dapat duit…. Harap pertimbangkan lah……

    Reply
  2. Sya berharap sgt kwsp dilanjutkn.sya dan suami dlm bidang perlancongan dan perhotelan.sejak dri mula lg dh terkesan.3.0 pkp.suami plk terkesan.kmi diberhentikn kerja srta merta.dan bkerja kmbli di psrya dan kmudian dibentikn plk kerja atas majikan nk kurang kn tenaga kerja.smga ada rezeki kmi dan ank2.kmi asal dari pulau langkwi.smga dipertimbangkn kwsp 2.0

    Reply
  3. Saya berkerja sebagai seorang club dj sejak 32 tahun bidang music dan remixer …sejak pkp covin19 in club tutup pada 12/2/2020 sampai la sekarang ini …mana ada club bukak…dan Say A tidak berkerja selama setahun 8bulan ..cuba pikir apa nasib saya …ingat klu sebelum hunung tahun ini kalau masih mcm ini saya tak tau la naaib saya …rasa takut dah nak pikir hal ini hari hari …harap Pham kerajaan cepat la dalam segala bantuan di percepatkan …

    Reply
  4. Sy sgt berharap kwsp dpt mempertimbang pengeluaran utk menampung keperluan semasa utk byr sewa rumah,petrol dan servis keta yg di guna utk berkeja k

    Reply
  5. Mohon kebijakan kerajaan untuk mempertimbangkan dan meluluskan i-sinar 2.0 dan i leatari 2.0 demi kebaikan dan kebajikan kami rakyat yg sangat2 terjejas ekonomi di musim pandemik ini.. Harapan kami semoga pihak berwajib mendengar keluhan kami

    Reply
  6. Harap kerajaan boleh keluarkan sekali gus secara one off agar kami dapat melaksanakan segala urusan kami,dan bukan dengan tertunggu2 dlm masa yg lama..kami perlu ada rumah untuk tempat kami berlindung walauun tidak sebarapa,tolong kami..kami sangat terdesak masa ini

    Reply
  7. Saya pun berharap sangat i sinar n i lestari akan sambung lagi sebap memang terkesan anak sy umur 8bulan perlu susu kerna tk menyusu badan lagi,,

    Reply
  8. Jadi? Tunggu apa lagi? Pengumuman ini cuma baik dalam mengantung kenyataan TANPA KETELUSAN! BPR fasa1 dapat, Fasa-2 pula tidak lulus…. Kalau tak bantu diri melalui simpanan sendiri, apa nak menyusahkan lagi? Harap Kerajaan gagal setiap kali?

    Reply
  9. Ya I sinar sangat memerlukan pada masa ini… On-Off RM 10,000 bagi yg cukup dlm akaun dan org yg tak cukup duit dlm akaun nya…. bagi yg mereka…. bagi dlm perkiraan pro-rata…. Harap Kerajaan dan KWSP ambil tindakkan secepat….. Terima Kasih

    Reply
  10. Sebenarnya memang boleh je utk keluarkan duit kwsp tu cuma PM dan Menteri Kewangan tak benarkan seolah olah duit dlm tu milik mereka…ataupun mungkin ada udang disebalik batu…sebab kalau keluarkan duit EPF transaksi yg telus…berapa dikeluarkan dan berapa baki kami tahu dan ada penyata tetapi kalau duit BPR? ada tak sesiapa yg pantau…Fasa 2 hari tu ramai yg tak lulus tapi on record kalau tulis lulus ada tak siapa2 yg check?hmmm..

    Reply
  11. Setujuuu sangt².. sejak dari pkp yg pertama sampi skrg sy hilang perkerjaan dn masih belum dapt kerja yg bergaji tetap lg… Dan sejak itu jga sy menyara keluarga dgn bergantung pd duit i lestar dn i sinar utk menyara keluRga

    Reply
  12. Saya berharap sangat2 isinar 2.0 nie d teruskan..smpai skrg sy mac blum dpt pekerjaan tuk tampung kehidupan bersama isteri dan 4org anak..nk hrpkn bantuan one off dr kerajaan sabah pn xdpt..

    Reply
  13. kalau dapat keluar alhamdulillah sangat2.sebab peniaga kecil macam saya.amat memerlukan.banyak modal yang diperlukan dan banyak modal juga nak dibayar pada pihak2 yang kita telah pinjam.sekurang2nya dapat meringan kan beban sikit..

    Reply
  14. Saya ibu yang tidak berkerja dan ibu tunggal.saya mempunyi 3 orang anak yang perlu saya tenggung…tolong lah sambungkan balik pengaluaran i sinar kami…itu duit kami,tolonglah,bagi saya peluang untuk sembung balik pengaluaran i sinar saya.saya amat tertekan saat ini

    Reply
  15. Saya tidak faham lah kenapa saya.tiada rekod dan bpr saya yang kali kedua tidak lulus saya seorg ibu tinggal 4 anak yg dicerai kn oleh si suami tanpa ada rekod dan tinggalkan sehingga sekarang tiada bantuan sesiapa selama ini saya bekerja tetapi dlm keadaan lock down ini sudah dua bulan saya tiada punca pendapatan.. saya tidak memahami kenapa susah sangat saya ingin membuat permohonan bantuan mana2 pihak secara online dan saya tidak menjumpai dimana saya perlu isi borang permohonan secara online disini sesiapa boleh bantu daya …saya tidak faham kenapa permohonan saya di mySalam bila check status saya tidak layak padahal saya adalah seorang ibu tunggal yg telah kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh pkpd dan lock down dikawasan saya ini …..Allahuakhbar betapa susah nya disini.. saya tidak tahu dimana saya harus mengadu nasib saya ini dan dimana sesiapa yg dpt membantu saya utk berdaftar utk mendapatkan bantuan yang kerajaan Malaysia yang telah sediakan ini

    Reply
  16. SAYA SETUJU KALAU KERAJAAN LULUSKAN PERNGELUARAN KWSP ..SAYA SURIRUMAH AMAT MEMERLUKAN KERANA SAYA MASIH MEMPUNYAI BAKI YG MENCUKUPI JIKA SAYA BOLEH KELUARKAN 10K TU,,,

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply