KWSP Umum Butiran Penuh Pengeluaran Khas RM 10,000

 

KWSP Umum Butiran Penuh Pengeluaran Khas RM 10,000

Kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000 khusus buat para pencarum.

BUTIRAN PENUH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Terbaharu, KWSP telah mengumumkan langkah untuk mengeluarkan RM 10,000 bagi memudahkan permohonan para pencarum. Para pencarum KWSP boleh membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Sedia maklum, permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli

  • di bawah umur  55 tahun dan
  • pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran iaitu one-off serta
  • dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.
Untuk pengetahuan anda, permohonan pengeluaran khas ini akan bermula pada 1 April 2022 dan ditutup padad 30 April 2022 ini.

Manakala, semakan status bermula pada 9 April 2022 dan pembayaran bermula pada 20 April 2022.

PERMOHONAN PENGELUARAN RM 10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS

KWSP umum permohonan pengeluaran RM 10,000 hanya melalui portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP bermula 1 April kelak.

Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.

UNTUK MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN

Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan permohonan pastikan :
  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  4. Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama atau merupakan akaun syarikat
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.

JUMLAH PENGELUARAN

Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

0 thoughts on “KWSP Umum Butiran Penuh Pengeluaran Khas RM 10,000”

  1. Sya ada buat permohonan pemgeliuaran khas kwsp pd 1/4/2022 tp bila sya cek dlm link kwsp masih permohonan telah diterima masih belum diluluskn….sya memerlukn duit utk menyelesaikn bil2 yh tertunggak memandangknsya tiada pekerjaan tetap lg…kais pg mkn pg kais ptg mkn petang…ank2 nk sekolah….nk belanja dapor pon kadang2 terpaksa pinjam pd kwn…pd adik beradik….sya hrp kwsp percepatkm penveluaran sya serta pencarum2 yg lain yg mempunyai mslh spt sya jgk…jasa baik pihak kwsp amat2 sya hargai…

    Reply
  2. Says ada but pemohonan pengeluaran khas kwsp masih lagi status pemohonan di terima.harap2 pihak kwsp luluskan pemohonan saya sebagai ibu tunggal ni..😊😊😊

    Reply

Leave a Reply to Zaki_mahmood Cancel reply