Lanjutan Moratorium Automatik Selama 6 Bulan – Semak sini

 

Kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama 6 bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). 

Lanjutan Moratorium adalah sangat dinantikan oleh rakyat selain daripada sambungan i-Sinar. Perdana Menteri turut berkata kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.

MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH

Moratorium automatik di bawah PEMULIH ini tiada syarat yang akan dikenakan lagi. Tiada semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada dokumentasi diperlukan.

Proses yang singkat ini mampu memudahkan semua golongan yang memerlukan dapat diberi lanjutan moratorium dalam tempoh pandemik ini.

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN 

Ringkas sahaja, tiada lagi syarat dikenakan kepada bakal pemohon untuk memohon lanjutan moratorium ini. 

Ini bermakna jika pemohon membuat permohonan, mereka akan diberikan kelulusan automatik mengikut terma dan syarat pihak bank.

Sebagai peringatan, kemudahan ini juga telah ditawarkan kepada pengusaha atau usahawan mikro dan PKS yang terjejas.

CARA PERMOHONAN

Setiap bank boleh dihubungi untuk memudahcara membuat permohonan moratorium automatik.
  • Anda perlu hubungi pihak bank anda untuk membuat permohonan moratorium secara automatik selama 6 bulan 
  • Peminjam / pemohon perlu menyetujui perjanjian atau terma dan syarat yang dibuat oleh pihak bank.
Tarikh Permohonan

Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium akan dibuka mulai 7 Julai ini.

0 thoughts on “Lanjutan Moratorium Automatik Selama 6 Bulan – Semak sini”

  1. Assalamualaikum.tengku Zafrul… saya tahu pendapat saya terlalu melebihi daripada had.2 hasil daripada kerja business ejen saya.macan ni saya ingin berkongsi dengan apa yang saya nyatakan.saya

    Reply

Leave a Reply to Suhaimi bin Mohamad Cancel reply