Mohon Bantuan Berjumlah RM 2,500 Sebelum 31 Januari

 

Sebuah permohonan yang dikatakan sehingga RM 2,500 telah dibuka bermula 1 Januari lalu. 

Untuk mengetahui bantuan yang disebutkan di atas, sila baca artikel sehingga habis.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan tersebut ialah Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM. Sebuah bantuan yang baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini bertujuan untuk meringankan beban hidup rakyat yang terkesan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk permohonan baharu BKM 2022

1. Kategori Isi Rumah
  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / duda / janda yang mempunyai anak yang dan
  • Berpendapatan di bawah RM 5,000 dan ke bawah sebulan
2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
  • Bujang atau Ibu atau Bapa tunggal / balu / duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah sebulan
3. Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur di antara 21 sehingga 59 tahun
  • Berpendapatan RM 2,500 sebulan

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori penerima seperti di atas. Jumlah penerimaan maksimum ialah RM 2,000. Tetapi terdapat bantuan tambahan berjumlah RM 500. Sila semak sekarang 


1. Kategori Isi Rumah 


Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • RM 1,000 untuk yang belum memiliki anak
  • RM 2,500 kepada yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM 2,000 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Pendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
  • RM 400 yang tidak mempunyai anak
  • RM 600 kepada yang memiliki 1-2 orang anak
  • RM 800 yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas

2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan

  • Bantuan terkumpul RM 600 seorang

3. Kategori Bujang

  • Bantuan keseluruhan berjumlah RM 350

4. Bantuan Tambahan RM 500


Terdapat bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima BKM yang layak. Berikut ialah syarat kelayakan untuk bantuan tambahan BKM
  • Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas iaitu berumur 60 tahun dan ke atas
Mereka yang layak ini akan menerima bantuan tambahan RM 500, menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM 2,500.


CARA PERMOHONAN

Berikut ialah cara permohonan yang diberikan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
  • Layari laman web rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik Pada Permohonan Baharu
  • Sila isi kesemua butiran dalam Maklumat Pemohon seperti Nama Penuh, Pendapatan Kasar dan lain-lain
  • Seterusnya, sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti slip gaji, salinan kad pengenalan.
  • Seterusnya, isi juga maklumat untuk wakil anda.
  • Setelah selesai, sila lengkapkan Pengesahan yang diperlukan
  • Setelah lengkap, hantar dan permohonan telah berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian hotline pada
  • 1-800-2747
  • 03-8882-4565


0 thoughts on “Mohon Bantuan Berjumlah RM 2,500 Sebelum 31 Januari”

  1. Pelik untuk kategori isirumah 2500 kebawah…rm1000 tiada anak
    …rm 2500 1..2anak…..rm2000 3anak keatas.kenapa ada anak 1or2orang dpt 2500 sedangkn ada 3anak keatas hanya dapat 2000..pandai sungguh no.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply