MyKasih Kapital : Bantuan Modal RM 1,000

 

Bantuan Modal Perniagaan telah dibuka kepada usahawan wanita yang kekurangan modal. Permohonan boleh dibuat melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Apa Itu MyKasih Kapital ?

Program Bantuan MyKasih Kapital merupkan  salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena Hari Wanita pada 8 Mac 2021.

Insentif tambahan tersebut adalah untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini ialah salah satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Objektif Insentif 

Terdapat beberapa objektif ke atas pelaksanaan insentif tersebut, antaranya :
  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
Jumlah Bantuan 

Pemohon yang layak anda menerima bantuan modal perniagaan berjumlah RM 1,000 setiap pemohon yang layak.


Syarat Kelayakan 

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
  • Warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas
  • Golongan wanita sahaja
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga 
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
Cara Permohonan 

  1. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : PERMOHONAN MYKASIH KAPITAL
  2. Isi seluruh butiran yang diperlukan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian hotline MyKasih Kapital di : 03-8323 2433

0 thoughts on “MyKasih Kapital : Bantuan Modal RM 1,000”

  1. Kepada menteri sekalian, system kepada bantuan bantuan tersebut sila la link up semua kementerian yang berkenaan, janganlah buat sampai orang yang tidak beberape faham langsung pasal system andaipun negara kita sudah ada jabatan yang berkenaan bertanggungjawab atas data data tersebut di bawah jaga an jabatan Perdana menteri, tolongla buat system yang ringkas dan tepat untuk kesenangan semua orang yang me merujuk atau mengunakannya, oleh kerana orang yang layari system tersebut sudah cukup menghadapi masalah rutin income mereka.

    Reply
  2. Bolehkah saya memohon bantuan mykasih kapital dan layakkah…
    Saya ingin memerlukan bantuan untuk perniagaan kecil-kecilan untuk bebanan suami saya y tdak ada pekerjaan y tetap…

    Reply
  3. Sepatutnya bantuan dari kerajaan di awalkan,memandangkan ramai rakyat yang sangat2 memarlukan saat ini.suda lah bantuan hanya rm500,bakul makanan pun tiada,kasian kami sebagaivrakyat yang susah..kami perlu sangat bantuan dari kerajaan dengan segara

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply