Seperti yang kita sedia maklum, MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.<
Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat penyakit yang dihadapi.
Manfaat Yang Diberikan
- Menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
- Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 Setahun
Syarat Kelayakan Penerima MySalam
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
Cara Pendaftaran MySalam
- Penerima BSH yang layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam my Salam
- Aplikasi Pendaftaran Online Untuk Mendaftar : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang berkelayakan mendaapt skim ini akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019.
- Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938.
Senarai 45 Penyakit Yang Anda Boleh Tuntut
Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit di bawah, anda boleh membuat permohonan MySalam serta menuntut jenis bantuan yang di atas.
- Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningtis Bakteria
- Tumor Otak Benign
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan otak
- Kanser
- Kardiomipati
- Anemia Aplastik Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS gejala penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV
- Kegagalan Buah Pinggang
- Kehilngan upaya hidup sendiri (Berdikari)
- Hilang keupayaan bertutur
- Trauma kepala major
- Sumsum Tulang
- Penyakit neuron motor
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan anggota
- Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok / Angin Ahmar
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistematik
- Kelecuran Tahap 3
- HIV
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Penyakit Untut
- Penyakit Lembu Gila
>
MAKLUMAT LANJUT : MYSALAM
Sekiranya nombor telefon sudah di tukar macam mana update kat my salam?
Macamana sy nk up dkat my salam..no HP sy dh brtukar..
Mcm mana nak claim my salam kan dapat claim sekali dengan pasangan yg mana dapat BPR saya tanya pejabat hasil semasa isteri meninggal diorang cakap pasangan tak boleh claim my salam padahal saya cek arwah isteri saya layak dapat pada tahun 2019
Awak Coll pejabat my salam sebab no HP dh tukaq sebab diorang nak hantar kod pin dlm fon yg awak guna sekarang ni
skarang sudah 2021 masih xada msuk
No hp dh tukar..mcm mana nak login
sila datang ke kios my salam yg terdapat d hospital2 kerajaan.
Saya Dan suami sama2 lulus.. Tapi belum masuk bank lagi duit mysalam itu
Salam sejahtera..nak tanya kenapa MYSALAM saya belum masuk,sedangkan ada sms mengatakan saya LULUS menerima..Terima Kasih
Mcm mana sy nk claim my salam sy..sbb skrg ble sy check dkt my salam..sy dpt pd tahun 2019..tp sy x tuntut..sbb fon dh bertukar..
Assalamualaikum..Sya nk tnye my salam ble msuk dlm akaun ye
Semua bantuan yang ada menyukarkan bagi yang sepatutnya menerima bantuan tersebut, bagi aku sendiri semua bantuan yg di senaraikan cuma hanya mampu menerima satu iaitu BPR(Bumi Putra Rockers),.sebutlah 5juta total bantuan yg ada sekalipun, tapi percayalah kalau 10 org mungkin yg dapat hanya sorang,.menyukarkan permohonan malah membuatkan yg layak semakin tertekan malah tidak berpuas hati dengan cara sebegini,.cuma satu persoalan kemana duit itu pergi?????tertekan dalam wabak covid, tapi ditambah dengan acuh x acuh kepada rakyat, sekian.
Saya sudah memohon 2 bulan yg lalu jawapan layak.tetapi saya belum dapt sms sampai sekrang
Memohon bntuan cobit 19
salam.jika xdapat nak kemaskini status bercerai.tarikh untuk temuduga asyik penuh dan tarikh tak boleh buad utk temujanji sehingga tutup nak buad pertukaran status berkahwin .bagaimana yer
Kenapa aku tidak layak .. aku positif kot .. boleh sapa2 boleh explain
Saya call selalu tak ade org jawab sampai sekarang
Banyak kali saya call,tak ada yang angkat,,masalah x boleh login,kata laluan dan no IC x sepadan,,x faham la,