MySalam : Bantuan Kewangan Sehingga RM 700 Seorang

 

Seperti yang kita sedia maklum, MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.<

Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat penyakit yang dihadapi.

Manfaat Yang Diberikan 

  • Menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  • Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 Setahun
Syarat Kelayakan Penerima MySalam
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
Cara Pendaftaran MySalam 
  • Penerima BSH yang layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam my Salam
  • Aplikasi Pendaftaran Online Untuk Mendaftar : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Semua penerima yang berkelayakan mendaapt skim ini akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019. 
  • Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938.

Senarai 45 Penyakit Yang Anda Boleh Tuntut

Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit di bawah, anda boleh membuat permohonan MySalam serta menuntut jenis bantuan yang di atas.

  1. Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningtis Bakteria 
  4. Tumor Otak Benign
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomipati
  9. Anemia Aplastik Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS gejala penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. >

  21. Jangkitan HIV
  22. Kegagalan Buah Pinggang
  23. Kehilngan upaya hidup sendiri (Berdikari)
  24. Hilang keupayaan bertutur
  25. Trauma kepala major
  26. Sumsum Tulang
  27. Penyakit neuron motor
  28. Sklerosis Multipel
  29. Distrofi Otot
  30. Kelumpuhan anggota
  31. Parkinson
  32. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  33. Penyakit Arteri Koronari Serius
  34. Strok / Angin Ahmar
  35. Pembedahan Aorta
  36. Lupus Eritematosus Sistematik 
  37. Kelecuran Tahap 3
  38. HIV
  39. Penyakit Terminal
  40. Penyakit Sistik Medular
  41. Sindrom Apallic 
  42. Poliomielitis
  43. Skleroderma Progresif
  44. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  45. Penyakit Untut 
  46. Penyakit Lembu Gila
MAKLUMAT LANJUT : MYSALAM

    0 thoughts on “MySalam : Bantuan Kewangan Sehingga RM 700 Seorang”

    1. Mcm mana nak claim my salam kan dapat claim sekali dengan pasangan yg mana dapat BPR saya tanya pejabat hasil semasa isteri meninggal diorang cakap pasangan tak boleh claim my salam padahal saya cek arwah isteri saya layak dapat pada tahun 2019

      Reply
    2. Semua bantuan yang ada menyukarkan bagi yang sepatutnya menerima bantuan tersebut, bagi aku sendiri semua bantuan yg di senaraikan cuma hanya mampu menerima satu iaitu BPR(Bumi Putra Rockers),.sebutlah 5juta total bantuan yg ada sekalipun, tapi percayalah kalau 10 org mungkin yg dapat hanya sorang,.menyukarkan permohonan malah membuatkan yg layak semakin tertekan malah tidak berpuas hati dengan cara sebegini,.cuma satu persoalan kemana duit itu pergi?????tertekan dalam wabak covid, tapi ditambah dengan acuh x acuh kepada rakyat, sekian.

      Reply
    3. salam.jika xdapat nak kemaskini status bercerai.tarikh untuk temuduga asyik penuh dan tarikh tak boleh buad utk temujanji sehingga tutup nak buad pertukaran status berkahwin .bagaimana yer

      Reply

    Leave a Reply to Unknown Cancel reply