PANDUAN Mohon Dan ‘Claim’ E-Wallet RM 50 Bermula Hari Ini (Grabpay, Touch N’ Go dan Boost)

a

e-Wallet atau yang lebih dikenali sebagai ePENJANA merupakan salah satu insentif kerajaan kepada rakyat untuk membantu keperluan harian rakyat dan merancakkan perbelanjaan serta ekonomi. Setiap pemohon yang layak boleh menebus ePENJANA RM 50 daripada salah satu aplikasi perkhidmatan yang terpilih iaitu ‘Grabpay, Touch N’ Go dan Boost’. 

Tarikh Penerimaan Atau Penebusan ePENJANA 

 ePENJANA berjumlah RM 50 secara atas talian atau kredit. Pemohon boleh memulakan penebusan bermula 31 Julai 2020 bersamaan Hari Raya Aidiladha. Tempoh penebusan ini hanya boleh dilakukan sehingga 24 September 2020.

Manakala tempoh aktif atau penggunaan ePenjana ini bermula 31 Julai sehingga 30 September 2020 sahaja. Bermula 1 Oktober 2020, anda sudah tidak dapat menggunakan ePenjana tersebut manakala baki yang terdapat akan hangus begitu sahaja.

Syarat Kelayakan ePENJANA 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun dan ke atas sahaja
  • Sudah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera
  • Memiliki salah satu daripada aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Grabpay, Boost atau Touch N Go
Cara Tebus atau Claim ePenjana

  • Anda perlu mengemaskini data anda melalui aplikasi MySejahtera, anda perlu muat turun aplikasi MySejahtera sekiranya belum.
  • Telah muat turun 3 aplikasi perkhidmatan yang disediakan di atas. 

Rujuk panduan disini kepada yang belum muat turun MySejahtera

Claim Rm50 e-wallet My sejahtera
Cara Install Apps MySejahtera

  1.  Ada dua (2) kaedah yang boleh anda “Daftar” apps MySejahtera ini, pertama boleh melalui laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my. Kedua boleh muat turun di smarphone anda, cari je “MySejahtera”.
  2. Dah Install Klik “Daftar” dahulu jangan terus login kalau pengguna baru.
  3. Pendaftaran boleh dibuat dengan no.telefon atau email sahaja.
  4.  Sekiranya mendaftar melalui no.telefon anda akan dapat kiriman SMS kod OTP. Kod tu nanti korang masukan dalam apps MySejahtera semasa baut pendaftaran, kalau tunggu SMS tak sampai2 try guna email pula.
  5.  Sekiranya guna email, anda masuk ke inbox email anda dan buat verifikasi pautan untuk pengesahan.
  6. Masukkan butiran pendaftaran, dan tetapkan kata laluan dan klik Sahkan. 
  7. Dah berjaya daftar. Tekan tutup untuk kembali kepada paparan Login.
Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch 'n Go)

0 thoughts on “PANDUAN Mohon Dan ‘Claim’ E-Wallet RM 50 Bermula Hari Ini (Grabpay, Touch N’ Go dan Boost)”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply