Panduan Permohonan PPR Online Program Disewa Dan Dimiliki MyHome


Jika isi rumah anda mempunyai pendapatan RM 3,000 dan kurang setiap sebulan, anda boleh membuat permohonan memiliki rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 2020.

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program kendalian kerajaan untuk memberi rumah kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
Sebelum kita masuk ke cara membuat permohonan, mari kita intai terlebih dahulu ciri-ciri PPR yang akan diberi oleh kerajaan kepada anda. Jom semak 
Ciri-ciri Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR)
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar 
  • Harta tanah atau landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan – Tidak kurang 700 kps
  • Isi dalaman – 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 2 bilik air

Seronok kan ? Sekarang jom kita semak syarat kelayakan yang anda perlu penuhi sebelum membuat permohonan 
Syarat-syarat Kelayakan Permohonan 

Skim PPR Disewa & PPR Dimiliki
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah bawah RM 3,000
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang akan ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Skim MyHome
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Pembelian rumah pertama bagi isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami isteri atau bujang sahaja. Isi rumah yang telah memiliki 1 rumah sama ada suami atau isteri adalah TIDAK LAYAK.
  4. Pendapatan isi rumah sebulan di bawah RM 10,000.

Panduan Permohonan Secara Online PPR

  • DAFTAR AKAUN PEMOHON
  1.  Pemohon haruslah terlebih dahulu membuat akaun yang akan diberikan di bawah                   KLIK : DAFTAR AKAUN
  2. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  • GUNAKAN EMEL UNTUK PENGESAHAN
  1. Pastikan emel yang anda daftarkan aktif dan masih diguna.
  2. Pemohon akan menerima emel dari Pendaftaran Akaun Skim Perumahan Mampu Milik untuk pengaktifan akaun.
  3. Pemohon harus menekan link berwarna biru yang terdapat dalam emel tersebut.
  • PILIH SKIM PERUMAHAN YANG DIKEHENDAKI 
  1. Pemohon perlu memilih sama ada SKIM PPR DISEWA/ SKIM PPR DIMILIKI/ SKIM MYHOME.
  2. Pemohon perlu membaca semua syarat yang disediakan.
  3. Pemohon perlu mengisi seluruh butiran yang diperlukan dengan tepat dan tidak terlepas.

  • DOKUMEN SOKONGAN
  1. Senarai dokumen sokongan akan dipancarkan di skrin anda.
  2. Dokumen tersebut perlu dimuat naik dalam fail PDF dan tidak melibihi 3MB saiznya.
  • PENGESAHAN 
  1. Setelah dokumen telah dihantar, pemohon perlu membuat pengesahan berkenaan maklumat yang diisi ialah benar.
  2. Apabila selesai, pemohon perlu menunggu jawapan dari pihak kerajaan untuk langkah seterusnya.

0 thoughts on “Panduan Permohonan PPR Online Program Disewa Dan Dimiliki MyHome”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply