Panduan Semakan Kategori 1 i-Sinar KWSP

 

Para pencarum telah membuat permohonan Kategori 1 i-Sinar bermula pada 21 Disember lalu. Namun, permohonan hanya dibuka kepada Kateogori 1 sahaja manakala Kategori 2 dibuka bermula 11 Januari nanti.


Kini, semakan keputusan kategori 1 boleh dibuat bermula 4 Januari 2021 (Isnin). Anda boleh rujuk panduan semakan di bawah.

Panduan Semakan Kategori 1

Berikut adalah panduan sahih semakan .
  1. Anda perlu layari portal rasmi i-Sinar di : https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Pilih butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN”
  3. Setelah itu, anda diminta untuk memasukkan maklumat seperti Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit.
  4. Klik butang “Saya Bukan Robot” dan klik butang “Semak Status”.
  5. Status permohonan akan dipaparkan. Sekiranya anda lulus anda akan menerima paparan lulus dan sebaliknya.


Jika anda lulus, pembayaran akan bermula dan dikreditkan pada 11 Januari secara berperingkat.

Namun, sekiranya anda tidak berjaya. Anda boleh menunggu rayuan yang akan dikeluarkan oleh KWSP (sekiranya ada) atau anda boleh membuat permohonan bagi Kategori 2 bermula 11 Januari nanti.

0 thoughts on “Panduan Semakan Kategori 1 i-Sinar KWSP”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply