Panduan Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat

 

8 Mac merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pemohon i-Sinar. Hal ini kerana pada tarikh tersebut, syarat kelayakan i-Sinar dihapuskan dan kelayakan secara automatik dilaksanakan.

Selain itu, pemohon terdahulu yang telah lulus tetapi membuat kesilapan amaun pengeluaran turut menunggu kemudahan untuk menukar amaun pengeluaran.

Oleh itu bermula 8 Mac, KWSP telah membuka kemudahan tersebut kepada pemohon lama.

Kemudahan Penukaran Amaun Pengeluaran 

Kemudahan ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang telah membuat kesilapan ‘tidak tarik habis’ amaun pengeluaran pada tempoh hari.

Nota : Anda hanya dibenarkan untuk menukar amaun pengeluaran sebanyak sekali sahaja. Pastikan anda fikir secara rasional terlebih dahulu.

Perkara Penting Sebelum Membuat Pindaan Amaun

  1. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan.
  2. Anda boleh mengemas kini nombor telefon dan maklumat berkaitan pembayaran seperti butiran akaun bank, amaun pengeluaran dan kaedah pembayaran.
Panduan Menukar Amaun Pengeluaran

Berikut ialah cara-cara yang telah dikongsikan

  1. Layar portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik pada Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
  3. Klik ‘Teruskan’
  4. Sahkan OTP anda yang akan dihantar melalui mesej.
  5. Sahkan nombor telefon dan alamat
  6. Pilih jumlah baru. *Anda tidak boleh membuat pindaan amaun sekiranya anda pernah memohon RM 10,000
  7. Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.
  8. Permohonan yang anda lakukan akan diluluskan dalam tempoh 5 hari bekerja.

0 thoughts on “Panduan Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply