Pembayaran Bantuan Sehingga RM 1,000 Diawalkan Bermula 25 April Sempena Hari Raya

 

Pembayaran Bantuan Sehingga RM 1,000 Diawalkan Bermula 25 April Sempena Hari Raya

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Melalui JKM, pelbagai jenis bantuan telah diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah dari kanak-kanak sehingga orang tua.

TARIKH BAYARAN BULAN MEI

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei akan dipercepatkan sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Oleh hal demikian, bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima bermula
  • 25 April hingga 30 April 2022
Manakala, bayaran untuk bulan Jun akan mula dikreditkan pada 1 Jun hingga 10 Jun.

SENARAI BANTUAN

Berikut ialah jenis bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuklah :
  1. Bantuan Kanak-Kanak 
  2. Bantuan Orang Tua
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  4. Bantuan Am Persekutuan
  5. Bantuan OKU Tiada Upaya Bekerja
  6. Bantuan Anak Pelihara 
  7. Bantuan Latihan Perantis
  8. Bantuan Geran Pelancaran
  9. Bantuan Alat Sokongan
  10. Elaun Pekerja Cacat
  11. Tabung Bantuan Segera

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran bantuan adalah bermula RM 150 seorang sehingga maksimum RM 1,000. Tetapi ia bergantung bantuan dan kelayakan anda.

CARA PERMOHONAN

Untuk yang berminat untuk membuat permohonan baharu, berikut ialah panduannya

Langkah 1. Membuat permohonan secara Online / Dalam Talian
  • Layari laman web rasmi JKM
  • Klik butang Daftar Permohonan Dalam Talian
  • Baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi
  • Isi dengan lengkap kedua-dua bahagian A dan B
  • Setelah selesai isi kedua-dua bahagian dengan lengkap, kemudian klik ‘Keputusan’
Langkah 2. Hadir Ke Pejabat / Kaunter JKM
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JKM berdekatan mengikut daerah yang sudah anda mohon pada Langkah 1
  • Hadir sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
  • Hadir bersama borang permohonan pendaftaran – MUAT TURUN DAN ISI
  • Bawa juga bersama beberapa dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan penyata pendapatan

0 thoughts on “Pembayaran Bantuan Sehingga RM 1,000 Diawalkan Bermula 25 April Sempena Hari Raya”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply