Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari lalu, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diubah.
Pembayaran BPR Fasa 1 akan dipercepatkan
Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pembayaran BPR Fasa 1 yang dijadualkan akan dibayar pada April / Mei 2021 akan dipercepatkan dan dibayar pada
- Hujung Februari 2021
Buat setakat ini, tiada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana kementerian mengenai jadual pembayaran BPR hujung Februari ini.
Semakan Kelulusan BPR ?
Kepada pemohon baru BPR, semakan belum boleh lagi dibuat pada masa ini. Kemungkinan besar akan diumumkan seminggu sebelum tarikh pembayaran rasmi BPR.
Semakan Status ‘Permohonan Diterima’
Anda boleh menyemak sama ada permohonan anda telah diterima atau tidak melalui cara berikut :
- Layari portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Log masuk menggunakan ID Pengguna atau No Mykad berserta Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima‘ akan dipaparkan.
Ini bantuan yang mana satu..?
Ade lagi ke bantuan BPR selain rm300 yang las dapat 18 januari kelmarin
Jika sudah pernah terima sara hidup dan bpn pada tahun 2020 perlu kemaskini kah…???
Nak kemas kini lagi ke??
Tak perlu kemaskini melainkn ada perubahan maklumat
Isinar sblm 9.1 dpat..bln 2 tak ada ka.