Pembayaran BPR FASA 2 Telah Bermula, Semak Disini

 

Sukacita diumumkan bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 telah memulakan pembayarannya.

Berita ini ialah antara berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang merupakan penerima BPR.

Tarikh Pembayaran

Walaupun dianggarkan pembayaran fasa 2 BPR dilaksanakan pada awal Mei, tetapi kerajaan telah mempercepatkan sekali lagi pembayaran.

Daripada informasi yang diterima, pembayaran tidak rasmi telah bermula pada
  • 28/4 dan 29/4
Jadual Pembayaran


Buat masa ini, pembayaran akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada penerima pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Manakala bank-bank lain akan mula dibayar pada hari berikutnya.

Anda boleh melihat bukti pembayaran daripada penerima BPR yang diperolehi daripada laman sosial.


Bukti Pembayaran Fasa 2 BPR



Sekiranya anda terlupa jumlah pembayaran keseluruhan BPR anda, boleh rujuk di bawah.

Jumlah Bantuan Keseluruhan BPR 2021 


Kategori 1
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 2
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
  • Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 3

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
  • Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori Bujang
  • Bantuan ini akan diberikan kepada Bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke  bawah
  • Terbuka kepada bujang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Jumlah bantuan ialah RM 350 seorang



0 thoughts on “Pembayaran BPR FASA 2 Telah Bermula, Semak Disini”

  1. Kalau kita x kemaskini bpr boleh dapat x kerana kita dapat bpr yg fasa pertama atau kita kena kemaskini untuk fasa kedua baru boleh dapat

    Reply
  2. Sbelom rayaa..ni smpai nk raya…xmasok lgi,stu lgi klau bpr utk status kawen fasa 2 tdk lulus len kali fasa 1 pon jgn bgi,alsan pemohon pnerima GKP ap kena mngena,gkp daftr nma pemilik tunggal,dok bt mcm nie silap hri bulan u down mcm to ja…

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply