Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bermula 22 Februari 2021

 

Setelah berita gembira seperti pembayaran awal i-Lestari dan i-Sinar Kategori 1, kini terdapat lagi satu berita gembira yang pemohon sangat menunggunya.

Berita tersebut ialah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 1 telah bermula pada 22 hari bulan 2. Lebih spesifiknya lagi pada malam hari tersebut.


Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 


Walaupun kerajaan mengumumkan permohonan dan kemaskini BPR dilanjutkan sehingga 25 Februari tetapi pembayaran telah bermula pada 22 Februari.

Lebih tepat, pembayaran yang bermula pada 22 Februari ini ialah kepada mereka yang memiliki akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Manakala, bank-bank lain akan dibayar hari-hari seterusya.

Manakala, penerima fasa 1 terawal ini merupakan daripada golongan warga tua, berkeluarga dan bujang.

  • Selain itu, pembayaran yang bermula pada 22 Februari ini hanya melibatkan pemohon lama iaitu penerima BSH 2020 atau BPN yang lalu.
  • Manakala, pemohon baru haruslah menunggu selepas 25 Februari depan untuk membuat semakan kelulusan..
Jumlah Pembayaran BPR Fasa 1


Daripada maklumat yang kami perolehi, isi rumah atau berkeluarga akan menerima bayaran fasa 1 berjumlah RM 300 manakala bagi seterusnya pada fasa 2 akan datang.

Manakala kepada bujang, ramai yang mengatakan bahawa mereka mendapat RM 150 pada fasa 1 ini.
Bukti Pembayaran Daripada Pemohon

Sumber : Penulisan dan info di atas adalah ditulis sendiri dan informasi diperolehi daripada rakan-rakan Facebook.

0 thoughts on “Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bermula 22 Februari 2021”

  1. Salam,saya ibu tunggal,dah buat permohonan baru,mula ada lulus,tp,dah cek sekali lagi dalam proses plak..mcmna nak kemaskini,,atau kena kemaskini di LHDN ka,atau online ja,Klo dlm online,untuk kemaskini tak dak.mohon penjelasan

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply