Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Diawalkan Kepada 19 Februari 2021

 

Terdapat perubahan secara mengejut yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkenaan dengan pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac dan April.

Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan.

Namun, disebabkan kriteria i-Sinar yang akan dimansuhkan, jadual pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac dan April akan berubah serta diawalkan iaitu pada 19 Februari.

Perubahan Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April



Mengikut jadual asal diatas, pembayaran bulan Februari telah bermula pada 2-15 Februari lalu. 


Manakala pembayaran i-Lestari untuk bulan 3 sebelum ini akan bermula pada 1-10 Mac 2021.

Namun disebabkan perubahan jadual yang dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari bulan Mac akan bermula pada 
  • 19 Februari 2021
  • Ini bermakna anda akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari (Pembayaran Februari & Mac)
  • Jika anda merupakan batch pertama i-Lestari, anda akan mula dibayar pada 19 Februari dan seterusnya mengikut batch masing-masing sebelum ini.
Disebabkan perubahan ini juga, pembayaran i-Lestari bulan April yang dijadualkan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.

Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.
Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari 
  • Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan, 
  • Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
  • Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
  • Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan  di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
  • Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
  • PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI

0 thoughts on “Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Diawalkan Kepada 19 Februari 2021”

  1. bila akan masuk i lestari yg beritahu 19 feb2021 tp hari ni dh 26 feb2021…
    i sinar utk mac juga dimaklumkan awal tp smpai skrg pun tiada juga…

    Reply
  2. Mengapa sya belum menerima bayaran i-Lestari untuk bulan february, sedangkan pihak kwsp menyatakan bahawa pembayaran awal utk bulan mac pada 19 feb. Sedangjan pembayaran i-Lestari saya untuk bulan february pun belum dibuat.????!!!

    Reply
  3. isinar utk bln mac da masuk 25hbaritu tp byrn i lestari sampai skrg tak masuk lg.. kenapa ye ckp ilestari start byr 19hb tp sampai skrg xde pn?

    Reply
  4. i lestari bln mac 2021 blom dpt pembayaran nya lg?
    jadual nya dah ada 8mac&8april 2021..sampai laa ni..g cucuk kt public bnk masih tak ada?

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply