Pembayaran i-Sinar Bermula 5 Januari 2021

 

Setelah keputusan permohonan i-Sinar pada 4 Januari telah diumumkan oleh pihak KWSP melalui portal rasmi i-Sinar.

Kini para pemohon yang lulus sedang menunggu pembayaran dilakukan oleh pihak KWSP.

Tarikh Permohonan

Sebelum ini, 11 Januari merupakan tarikh rasmi pembayaran i-Sinar bagi Kategori 1.

Tetapi, pembayaran i-Sinar bagi kategori 1 yang dijangkakan akan bermula pada 11 Januari tersebut telah diawalkan bermula 5 Januari (Selasa).

Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima akan menerima bayaran tersebut pada 5 Januari.

Sila rujuk jadual pembayaran di bawah.

Jadual Pembayaran i-Sinar Kategori 1


Berikut merupakan jadual pembayaran i-Sinar bermula pada 5 Januari 2021.

Hanya mereka yang berada pada kumpulan / group 8 Januari akan menerima bayaran pada 5 Januari.


Manakala setelah 8 Januari, pembayaran akan bermula pada 6 sehingga 12 Januari 2021 kelak.


Bukti Pembayaran Bermula 5 Januari 2021


Maybank

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Islam

Manakala bank-bank lain seperti CIMB khabarnya pembayaran turut telah dilakukan oleh pihak bank.

Informasi Yang Anda Perlu Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.


0 thoughts on “Pembayaran i-Sinar Bermula 5 Januari 2021”

  1. saya punya akaun my bank…tpi masih blm dapat lgi/duit blm masuk…sudah 3kli sya cek dkt atm trmsk smlm…klu duit dh msk kita akn dpt msj dri kwsp ke??

    Reply
  2. Pemohon yang tidak ada akaun bank macam mana plak ni bila nak dapat duit nye ? P.O tu benda alah apa tu ?? Nak amik kt mana ?? Hari ini sudah 12hb ..tpi duit xdapat² lagi anjay..#isinar

    Reply
  3. Saya dapat melaui po,tapi pihak bank Tak hantar notis pembayaran macam Mana tu,bila check status lulus,dalam status Ada bagi tau bahaea pihak bank Akan hantar notis pembayaran

    Reply
  4. Sebab tak tarik 1st amaun pengeluaran bulan pertama 5 k la tu.. Kalo x tarik.. Biasa nya automatik msuk 1 k.. Sya pun sama.. Lupa nak tarik

    Reply
  5. tumpang tanya….saya punya date 8/4 duit masuk…tapi saya check kat i akaun status expired…mohon penjelasan yang mana tahu…status sekarang masih diluluskan…ada yang sama macam saya?

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply