Pembayaran i-SINAR Dilaksanakan Sehingga 16 April. Semak sekarang !

 

Bulan April merupakan bulan yang penting kepada para pencarum KWSP yang menerima insentif i-Lestari dan i-Sinar.

April merupakan pembayaran terakhir i-Lestari dilaksanakan setelah setahun pembayaran bermula.

Manakala, pembayaran i-Sinar turut dilaksanakan kepada pencarum yang memohon. Pembayaran terbahagi kepada dua iaitu pembayaran Kategori 1 dan Kategori 2.

Tarikh Pembayaran i-Sinar April


Pembayaran i-Sinar telah dilaksana seawal 1 April sama seperti tarikh pembayaran i-Lestari. 

Pembayaran i-Sinar akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan seterusnya penerima Kategori 2.

Manakala, Kategori 2 mula dibayar pada 7 April lewat sedikit berbanding Kategori 1.

Kenyataan baharu yang telah dikeluarkan oleh pihak KWSP mengatakan bahawa :

  • Pembayaran April i-SINAR dibuat sehingga 16 April.
  • Pembayaran adalah secara berperingkat.
  • Pengkreditan amaun ke bank adalah selama 1-5 hari  bekerja bergantung prosedur bank anda.
    • Sebagai contoh, KWSP telah melakukan pembayaran pada 7 April (sama seperti jadual i-Akaun), wang tersebut akan masuk ke akaun bank anda antara 1-5 hari bekerja (isnin-jumaat).
Cara Membuat Semakan Status i-Sinar 


Semakan status pembayaran i-Sinar boleh dilaksanakan melalui portal rasmi atau aplikasi   i-Akaun. Panduan semakan anda boleh rujuk di bawah :
  1. Layari portal rasmi i-Akaun di: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
  3. Setelah berjaya masuk, semak bahagian Withdrawal History atau Sejarah Pengeluaran jika anda memilih pilihan Bahasa Melayu. Bahagian tersebut anda boleh dapati di ruangan sebelah kiri.
  4. Klik pada kolum ‘i-Sinar’.
  5. Akhirnya, status/tarikh pembayaran i-Sinar akan dipaparkan pada skrin anda.

0 thoughts on “Pembayaran i-SINAR Dilaksanakan Sehingga 16 April. Semak sekarang !”

  1. saya lupa amount saya buat hari itu…saya tak ada i akaun nak pergi buat jauh dan susah dengan ank lagi…macamna nak cek plsss jawap..sebab saya punya tak masuk lagii

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply