Pembayaran i-Sinar Kategori 2 Telah Bermula

 

Perkara yang membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum syarat kelayakan i-Sinar dilakasana, KWSP menyuruh semakan dibuat pada hari-hari berikutnya.


Lulus Sebelum 25 Februari


Ramai juga pemohon yang telah diluluskan permohonan mereka pada 24 Februari dan sebelumnya lagi.

Untuk permohonan yang telah diluluskan sebelum 25 Februari, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa pembayaran akan bermula pada
  • hari ini iaitu 2 Mac 2021
Untuk info tambahan anda, pembayaran dilakukan secara berperingkat. Jika anda belum menerima pembayaran pada 2 Mac, anda perlu tunggu di hari-hari seterusnya. 

Lulus Selepas 25 Februari


Setakat ini, daripada pemerhatian kami terdapat juga yang telah lulus selepas 25 Februari dan telah menerima bayaran.

Walaubagaimanapun, lebih ramai pemohon yang telah lulus setelah tarikh diatas belum menerima pembayaran.

Oleh itu, kemungkinan besar pembayaran dilakukan secara rawak dan akan didahulukan pemohon yang lulus lebih awal.

Perincian Pengeluaran

Pada 11 Februari lalu, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada akaun 1 tanpa sebarang syarat.

Kepada yang sedang memohon i-Sinar untuk kategori 1 dan 2, permohonan anda akan diluluskan secara automatik.

  • Permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat dibuka mulai 8 Mac bagi semua ahli yang berumur 55 tahun ke bawah.

0 thoughts on “Pembayaran i-Sinar Kategori 2 Telah Bermula”

  1. Terima kasih pada semua yang bekerja keras untuk memuaskan hati ahli2 simpangan kwsp. Semoga dipermudahkan urusan anda semua. Anda yang terbaik.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply