Pembayaran KWSP Dikreditkan Dalam Tempoh 1-3 Hari Bekerja

 

Pembayaran KWSP Dikreditkan Dalam Tempoh 1-3 Hari Bekerja

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP telah mula dikreditkan bermula 18 April lepas. Pelbagai perkara mengenai Pengeluaran Khas ini termasuklah pembayaran akan dikreditkan dalam tempoh 1-3 hari bekerja.

PEMBAYARAN DIKREDITKAN DALAM TEMPOH 1-3 HARI

Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP akan dikreditkan bermula 18 April 2022. Pembayaran ini adalah 2 hari lebih awal berbanding pembayaran asal iaitu 20 April 2022.
Oleh hal demikian, pihak KWSP turut menegaskan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli ada dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Selain itu, pemohon turut boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.
Pembayaran KWSP Dikreditkan Dalam Tempoh 1-3 Hari Bekerja

PEMBAYARAN PENGELUARAN KWSP DIAWALKAN

Pelbagai reaksi yang diterima oleh Kementerian Kewangan khususnya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkenaan tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini.

Menurut beliau, ramai yang message dan komen dalam sosial media yang bertanyakan dengan harapan pengeluaran KWSP itu boleh cepat lagi.

Disebabkan perkara sedemikian, YB Tengku Zafrul mendengar suara para pemohon dan berbincang dengan pihak KWSP tentang tarikh bayaran KWSP.

Hasil daripada perbincangan tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Pengeluaran Khas KWSP akan dikreditkan bermula
  • 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini
  • Ini bermaksud pembayaran diawalkan beberapa hari untuk menampung pemohon yang ingin berbelanja untuk puasa dan raya.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DILULUSKAN

Para pemohon perlu membuat semakan sekali lagi. Semakan yang dibuat pada 16 April akan menyatakan bahawa ‘Permohonan Anda Diluluskan’. 

Manakala untuk pemohon yang status permohonan masih belum berubah, anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

TARIKH BAYARAN DINYATAKAN

Selain daripada status permohonan yang diluluskan, pada paparan semakan status tersebut turut dinyatakan tarikh bayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP anda. 

Jadi, anda tidak perlu tertanya-tanya bilakah pembayaran anda dilaksanakan. Anda mungkin akan dibayar beberapa hari lebih awal kerana pembayaran Pengeluaran Khas ini bermula 18 April dan bukannya 20 April 2022.

0 thoughts on “Pembayaran KWSP Dikreditkan Dalam Tempoh 1-3 Hari Bekerja”

Leave a Reply to TEH SOK LEEN 831006105418 Cancel reply