PEMERKASA TAMBAHAN : BANTUAN SEMASA ‘TOTAL LOCKDOWN’ SEHINGGA RM 500

 

Perdana Menteri telah mengumumkan program tambahan untuk menghadapi beberapa langkah yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti perintah ‘Total Lockdown’ yang bermula pada 1 Jun.

Program tersebut dinamakan PEMERKASA TAMBAHAN. Sebanyak RM 40 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dalam program tambahan ini. 


Matlamat Utama Pemerkasa Tambahan

Terdapat 3 matlamat utama kerajaan yang sangat dititikberatkan dalam pelaksanaan Pemerkasa Tambahan ini. Antaranya :
  1. Mempertingkatkan Kapisiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Senarai Bantuan 

Bantuan untuk PEMERKASA TAMBAHAN ini terbahagi kepada tiga bahagian mengikut matlamat yang dinyatakan di atas.

1. Mempertingkatkan Kapisiti Kesihatan Awam
  • Peruntukan RM 450 juta tingkat kapisiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • Pertambahan kos operasi dan pengurusan seperti pembelian ubat-ubatan dan pusat kuarantin
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan sehingga 2022
  • Mempercepatkan pemberian vaksin sehingga mencecah sasaran sebanyak 150,000 sehari menjelang akhir Jun
2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Bantuan BPR Tambahan sehingga RM 500 yang akan dibayar pada hujung Jun ini.
  • Moratorium sehingga 3 bulan atau penguranan bayaran balik sebanyak 50 % selama 6 bulan yang akan dilaksanakan pada Jun.
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas.
  • Bantuan khas one-off RM 500 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.
  • Lanjutan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan.



3. Meneruskan Kelangsungan Perniagaan

  • Tambahan Geran Khas Prihatin 3.0 daripada RM 1000 kepada RM 1500.
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran.
  • Bayaran lewat pembaharuan lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021.
  • Diskaun bil elektrik kepada beberapa industri yang terjejas.
  • Lanjutan duti setem HOC  sehingga 31 Disember 2021.
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021.

0 thoughts on “PEMERKASA TAMBAHAN : BANTUAN SEMASA ‘TOTAL LOCKDOWN’ SEHINGGA RM 500”

  1. Bagaimana nk dapatkan bantuan khas lockdown 3.0?boleh tolong saya tak?saya tidak berkerja hanya harapkan bantuan i.sinar saja…hubungi saya melalui email saya di bawah ini,Terima Kasih

    Reply
  2. bujang nk mkn apa 100..mohon up kan 500 one off atau mohon i sinar plz…bantuan plak kenapa hujung bln???duit kete nk byr bgai ni..kerja da kena buang!!tlg do smting cepat skit!!!

    Reply

Leave a Reply to Ellystet Smion Cancel reply