Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM 60,000 Mengikut Jumlah Simpanan

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan secara rasmi perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 KWSP bagi pengeluaran wang i-Sinar.

Perubahan jumlah pengeluaran antara RM 4,000 sehingga RM 60,000 turut menggembirakan warga pencarum KWSP.

Jumlah penerima juga telah ditambah sehingga 2 juta pencarum sahaja dengan jumlah pengeluaran sehingga RM 14 bilion.

Namun begitu, pengeluaran wang Akaun 1 KWSP ini merupakan secara bersasar sahaja. 

Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang boleh membuat pengeluaran.

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat pengeluaran Akaun 1.


Syarat Kelayakan Utama Pengeluaran Akaun 1

1) Pencarum yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

2) Pencarum yang diberikan cuti tanpa gaji.

3) Pencarum yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang pandemik Covid-19

Jumlah Pengeluaran Mengikut Kelayakan Simpanan

Secara umum, pencarum yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam akaun 1 KWSP tertakluk kepada baki minimum RM 100.

Simpanan KWSP Sehingga RM 90,000 dan ke bawah
  • Ahli yang mempunyai baki simpanan KWSP Akaun 1 berjumlah RM 90,000 dan ke bawah
  • Boleh mengeluarkan wang sehingga RM 9,000 sahaja
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM 4,000.
Simpanan KWSP Melebihi RM 90,000

  • Pencarum yang mempunyai baki simpanan KWSP Akaun 1 berjumlah melebihi RM 90,000
  • Boleh mengeluarkan wang sehingga maksimum RM 60,000
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM 10,000

Syarat Pembayaran Semula

Ahli yang memilih memohon kemudahan i-Sinar/ pengeluaran wang Akaun 1 perlu membuat pembayaran semula iaitu menggantikan amaun yang telah dikeluarkan.
  • Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima digantikan semula.
  • Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 1.
Berikut merupakan maklumat yang kami terima, sebarang maklumat baharu atau terperinci akan kami kemaskini dari masa ke masa.


0 thoughts on “Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM 60,000 Mengikut Jumlah Simpanan”

Leave a Reply to Sanidasan Sanidasan Cancel reply