Pada 11 Februari lalu, Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan i-Sinar yang membuat para pencarum gembira membacanya.
Dalam kenyataan tersebut, beliau mengumumkan bahawa kelulusan tanpa syarat i-Sinar akan diluluskan dalam masa terdekat.
Oleh itu, pada 18 Februari KWSP telah membuat kenyataan rasmi tentang kemudahan kelulusan tanpa syarat i-Sinar.
Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pada
- 8 Mac 2021
Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat
Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan seperti :
1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah
- Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
- Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
- Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
- Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
- Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
- Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000
Contoh Situasi Atau Pertanyaan Yang Mungkin Anda Belum Tahu
Situasi A :
Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
- Telah menerima interim RM 1,000
- Permohonan sedang diproses
Jawapan :
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.
Situasi B :
Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
- Belum menerima interim RM 1,000
- Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapan :
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.
Situasi C :
Belum membuat permohonan i-Sinar
Jawapan :
Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac dan akan diberikan kelulusan.
Situasi D :
Baki akaun 1 kurang atau/dan umur berumur 55 tahun ke atas
Jawapan :
Tidak layak memohon i-Sinar.
Bagi yang tersalah amount mase i sinar kategori 1,.adakah boleh mengeluarkn lagi?
kategeri 1 salah buat amount boleh kluar kan lagi tak?
Fo
Saya seorang suri rumah, tpi i sinar yang saya mohon pada awal permohonan hari tu masih lgi belum masuk akaun. Padahal dah lulus dh. Sekarang dah nak habis bulan Februari, pun belum masuk juga. Macam mana ye?
Mcm sye t'salah tarik amaun isinar..mcm mane nk buat yea?
Suami saya pemohon isinar..pengeluaran 10k..tapi bln January masuk 1k sja & bln February pun 1k juga….sampai seterusnya kah 1k sja masuk akaun stp bln….ingatkan 10k tu masuk sekaligus x pun 5k yg masuk stp bln..
Pernah mohon tapi tidak diluluskan..mulai bulan February 2021 ini saya telah berhenti kerja..belanja rumah pon terjejas ingin mohon..boleh mohon semula?
awak kena pergi cawangan kwsp , cakap nak tukar amaun pengeluaran isinar . nanti dia bagi 1 borang kena isi . make sure bawa photostate ic ye
awak kena pergi cawangan kwsp , cakap nak tukar amaun pengeluaran isinar . nanti dia bagi 1 borang kena isi . make sure bawa photostate ic ye
cuba pergi cawangan kwsp . kat sana pun boleh mohon . bawa slip gaji tahun lepas dengan tahun ni make sure photostate dulu ic sekali ye
Nak tanya,ada sesiapa yang dah masuk duit dalam acc i sinar kategori pada bulan ini,,saya punya tak masuk apa apa,,adakah dah tak cukup atau memang semua kena tnggu bulan depan
Saya telah memohon untuk kategori-1.
Tapi saya tiada akaun bank until diisi.sedangkan pemohonan online semestinya akaun bank diisi.adakah says harus me pejabat kwsp berdekatan
Kelayakan pengeluaran 17k lebih tapi masa mohon buat 10k sahaja…dah dapat interim 1k…boleh ke nak ubah amount pengeluaran 17k semula? Anybody knows? Tq
alhamdulillah , boleh guna duit sebelum umur 55 tahun. kalau umur panjang lebih 55 , merasa guna semua duit simpanan. kalau mati awal , syukur dapat merasa duit simpanan ni , walaupun sedikit. amin.
Kalau call kwsp sahaja boleh x
pertanyaan: sekiranya kategori 1 & 2 sudah pernah memohon dan diluluskan,bolehkah ahli memohon untuk baki yg tinggal.
Kne prgi kwsp jgak ke klau salah buat amaun,. Sbb ssah ad ank kecil, susu bdn…
kenapa i lestari bln 3 dan 4 msuk awal sedang kan saya bln 2 blm lagi masuk..
Blh x sy mohon lg i sinar kategori1 lulus. Blh x sy mohon lg bakinya..
Saya kategori ke2 dah dpt interim
Akaun 1 100k keatas nak tukar pengeluaran ke 60k bole tak
Sy ada telefon kwsp sbb tersalah amaun , diorang cakap belum ada apa2 knyataan tntang pindaan amaun…jumaat lps sy kol…harap kwsp dpt mmberi maklum balas tntang pindaan amaun sbb ramai yg tersalah amaun…dan rmai yg trkesan shinggakan sy mahkamah dah nak lelong rumah sy ada bukti jika pihak kwsp mnta…tlg la
Kenapa saya pegi KWSP dia ckp buat masa ni x boleh tukar lagi, klau boleh tukar baru drg call, hmmmm
Sy ketegori 1 silap letak amaun sekarang ni boleh ke nk tukar sebb dah nk masuk bulan mac dah nn bukanke pajabat kwsp ttup sekarang ni
klu nk updte no hp mcm mna ya. .tnps perlu pergi kios
Yang tersalah amount tu bila lagi boleh update untuk membuat permohonan balik.kami memerlukan sangat2 musim2 pendemik ni.
Kalau baki akaun 1 rm750 layak tak
misal kata kalau dah buat yg fasa satu, lepas tu nk keluarkan lagi boleh ke tidak..
Blh ke klu kn lg klu dh dtp i sinar yg sblm
Kalau umur 55 tahun ke bawah baki akaun 1 rm148 layak dapat tak
Layak .sekurang kurang nya balance dlm akaun 1 are rm150 tk silap
Tak yah p kwsp , sy pn silap letak amaun lpstu sy kol kwsp diorg ckp blm ada apa2 knyataan rasmi tntang pindaan amaun…
Kena p kiosk untuk update..tak perlu p kaunter hanya p ke kiosk sj
Penambahan amount itu kwsp tersalah info klu amount 10k itu saja cuma jumlah yg akan di bayar bpleh ibah.. Saya fikir tambah nilai cb hutang byak perlu settle matilah