Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat diumum minggu hadapan




Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut.

Tambah sumber Astro AWANI itu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM55 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.

KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.

0 thoughts on “Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat diumum minggu hadapan”

  1. Terima kasih KWSP,,ucapan ini bukan kosong.tapi ade senyuman seluruh warganegara Malaysia yang akan tersenyum,,dan ucapan terima kasih yang sama akan di berikan kepada KWSP,,TQ MY LOVE KWSP,,DAN KERAJAAN MALAYSIA JUGAK,, TERIMA KASIH,,ALLAH,,

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply