Pengeluaran KWSP Melebihi RM250 Perlu e-KYC

Akaun 3 KWSP atau lebih dikenali sebagai Akaun Fleksibel dijangkakan akan dilaksanakan pada April ini namun telah dimaklumkan dan akan diperkenalkan pada Mei depan.

Pada Belanjawan 2024 lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumkan akan membuka lagi satu akaun baru KWSP untuk pencarum iaitu Akaun 3 / Fleksibel.

AKAUN 3 – FLEKSIBEL KWSP

Akaun 3 ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana para pencarum boleh mengakses akaun ini pada bila-bila masa sekiranya terdapat kecemasan.

Jika masa ini, KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP di mana kedua-duanya lebih memfokuskan sebagai persediaan pada waktu persaraan nanti.

Manakala Akaun 3 ini pula sekiranya ia dilaksanakan ia membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan bagi tujuan kecemasan.

E-KYC KWSP

Bagi permohonan pengeluaran Akaun 3 di bawah RM10,000 perlu melaksanakan pengesahan identiti secara elektronik melalui pengecaman wajah di aplikasi i-akaun KWSP.

Manakala, bagi pengeluaran MELEBIHI RM10,000 ahli wajib membuat pengesahan cap ibu jari melalui Self-Service Terminal (SST).

TARIKH PERMOHONAN

KWSP bakal lancar inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP pada 11 Mei ini termasuklah dengan Akaun III diperkenalkan untuk membantu ahli menangani keperluan kewangan jangka pendek dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

SYARAT PENGELUARAN

Terdapat cadangan yang diberikan iaitu pengeluaran mandatori bulanan hanya dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir atau selepas tahun 2010.

Cadangan diperkenalkan Akaun 3 ini adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham berkata ia mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain.

BAYARAN AKAUN 3 KWSP

Disebabkan penstrukturan baharu Akaun KWSP termasuklah Akaun 1 dan 2 serta pelaksanaan Akaun Fleksibel (Akaun 3), akaun ahli akan dibahagikan kepada

  • 75 % = Akaun 1
  • 15 % = Akaun 2
  • 10 % = Akaun 3

PENGELUARAN PADA BILA-BILA MASA

Tujuan pelaksanaan Akaun Fleksibel ini adalah untuk membantu pencarum untuk membuat pengeluaran pada saat kecemasan atau keperluan.

Oleh hal demikian, pengeluaran Akaun 3 ini boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh pencarum.

TARIKH DAFTAR PERMOHONAN PINDAHAN AMAUN

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei hingga 31 Ogos 2024.

Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh masa terbabit.

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera (2) dan Akaun Fleksibel (3) sedia ada akan kekal.

TEMPOH KELULUSAN PINDAHAN BAYARAN

Pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari bekerja.

CARA MOHON PENGELUARAN AKAUN 3

  1. Melalui i-Akaun KWSP
  2. Kunjungi pejabat KWSP berdekatan