Pengeluaran KWSP ‘Suka-Suka’ Wajib Bayar Zakat 2.5%

 

Pengeluaran KWSP 'Suka-Suka' Wajib Bayar Zakat 2.5%

Kuala Lumpur : Pembayaran zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2.5 peratus adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran KWSP berjumlah RM 10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan bermula 1 April nanti.

PENGELUARAN KWSP SECARA SUKA-SUKA WAJIB BAYAR ZAKAT

Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.

“Bagi individu yang tidak menghadapu sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,” katanya kepada Berita AlHijrah

TIDAK WAJIB BAYAR UNTUK PENGELUARAN YANG MENDESAK

Manakala, beliau menjelaskan pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran tersebut atas keperlu sumber pendapatan yang mendesak.

“Jika pengeluaran dibuat oleh individu terbabit melibatkan pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan seumpamanya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat,” jelas beliau.

Ujar beliau, antara syarat pengecualian ialah individu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera, serta pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahil seperti perubatan, pendidikan dan seumpanya.

Sumber : Berita AlHijrah

0 thoughts on “Pengeluaran KWSP ‘Suka-Suka’ Wajib Bayar Zakat 2.5%”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply