Pengeluaran RM 10,000 KWSP One Off Boleh Dikeluarkan

 

PERTIMBANGAN KE ATAS PERMINTAAN RAKYAT

Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pertimbangan daripada pihak kerajaan ke atas permintaan rakyat untuk pengeluaran KWSP.


Beliau berkata, UMNO juga berharap bahawa pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir caruman wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM 10,000.

Asyraf turut menegaskan bahawa rakyat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup akibat pandemik yang berlaku ditambah pula dengan musibah banjir baru-baru ini. Menurut beliau, perkara ini sejajar dengan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 27 Ogos 2021.

SIMPANAN MELEBIHI RM 10,000

Dalam kenyataan beliau yang lain, Pemuda UMNO berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan pengeluaran wang KWSP kepada rakyat yang mempunyai baki simpanan melebihi RM 10,000.

Datuk Asyraf berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan hampir kesemua ekonomi sudah dibuka dan pandemik pun dilihat sebanyak pulih.

Beliau berharap agar pihak kerajaan memenuhi permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM 10,000 terutamanya golongan M40 dan ke atas. Pengeluaran tersebut akan menjadi permulaan mereka untuk membina semua kehidupan dengan komitmen tertunggak yang perlu diselesaikan.


SEMAKAN BAKI WANG KWSP

Berikut ialah panduan untuk membuat semakan baki wang KWSP terkini,

MEMO PENGELUARAN KWSP MENERUSI NAJIB

Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM) telah menyerahkan memorandum menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM 10,000 secara sekali bayar kepada Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Yaakob menerusi Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi PPIM berkata, terdapat pencarum yang sudah dapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum pandemik. 

Terdapat juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan tunggakan hutang, pinjaman dan lain-lain.

0 thoughts on “Pengeluaran RM 10,000 KWSP One Off Boleh Dikeluarkan”

  1. Saya sewa bilik sekarang tak berkerja lagi pun sekarang umur saya 49 nak cari kerja pun susah.saya kerajaan luluskan kwsp one-off rm10k.

    Reply
  2. Semua nak guna duit,semua rakyat jangan di kecualikan ,asik b40 je,KO ingat peniaga nie senang ke,peniaga kecil pun sama MCM b40 sebenar ye

    Reply
  3. Wahai menteri-menteri sekalian, kami yg dalam kesusahan ni hanya minta sedikit dr simpanan kami dikeluarkan utk kelangsungan hidup,, antara kami seperti saya telah kehilangan pekerjaaan, dengan umur 40-an amat sukar untuk kami mendapat pekerjaan baru apalagi kami mempunyai tanggungan yg banyak.. Tidak seperti kamu wahai menteri-menteri tidak akan merasa keperitan tiada wang, gaji kamu banyak belum lagi dgn elaun2 yg merajakan kamu. Tolonglah wahai menteri-menteri jgn disusahkan kami rakyat yg sememangnya dlm kesusahan,, kami tidak redja walau satu sen pun dari setitik peluh kamu salah gunakan utk serakah kamu wahai menteri-menteri,, harapan kami kamu jadilah menteri-menteri yg berperikemanusiaan selagi mana Allah meminjamkan umur kamu utk berbakti kpd rakyat. Wallahu a'lam

    Reply
  4. Dah berbulu telinga dengar Komen pasal one off. Bila nak bagi kelulusan nya..kalau nak bantu rakyat inilah masa nya, dengar suara rakyat, jadilah menteri yg bijak sana.

    Reply
  5. Slm..mang patut dkeluarkn kwsp one off 10k.sapa yg nk bantu kami yg kesesakan duit ni.brg semua dh mhl..xkn nk brutang dgn org..org skrng xmcm org dulu saling membantu.skrng nk pinjam 10rm belom tentu dpt…dkata dkutuk dhina ada la…tlg la bg kami kuar duit kami.

    Reply
  6. As mentioned, this is for the last time and hope consideration can be given to all AHLI with savings more than RM10,000.00. All the Govt assistance given to B40 and what about us i.e. not B40. It's our money anyway and even the Act also said our EPF money can be used during pandemic. Why is it so difficult to approve PEOPLE request for the last time☹️☹️

    Reply
  7. Sekiranya kwsp diluluskan 10k one off maka kamu sebagai rakyat bangga menjadi rakyat Malaysia dgn menteri yg bijaksana dan terbaik memajukan negara Malaysia utk masa depan semua rakyat di Malaysia. Semoga pihak atasan seperti sultan dan Agong di Malaysia membantu untuk kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

    Reply
  8. Ya KAmi rakyat amat memerlukan saya tak bekerja suami hilang pekerjaan lagi pun sakit jantung duduk sewa rumah anak oku hutang banyak komitment

    Reply
  9. Dah abis alasan dh nk bg utk minta diberikn (klulusan) PENGELUARAN DUIT SENDIRI… Lagi2 alasan hari tua yg diberikn, skrg nie jgnkn nk sampai hari tua, bulan ke bulan belum tau lepas lagi..! Itu yg buat marah n kec3wa sgt2 bila ssah nk diluluskn sdgkn sblm ini 1001 mcm pelaburan n pgeluaran oleh pihak kerajaan guna duit kami, kononnya utk kami tapi skrg kami minta utk diri kami sendiri tapi berbagai alasan diberi! 😢😭😤

    Reply
  10. Dunia dah makin tua, kita pun tak tahu kita Akan sampai saat tua untuk menikmati duit simpanan KWSP tu. Apa salah nya benarkan raayat marhaen menikmati simpanan mereka di waktu kesusahan hidup ini. Allahuakhbar

    Reply
  11. Tolong beri Rakyat one off kwsp..tahu kah wahai menteri menteri Semua YG Ramai Rakyat sdg tenat untuk teruskan hidup..beri peluang terakhir kwsp one off 10ribu untuk Kami buat Modal untuk teruskan hidup..

    Reply
  12. Kami nak keluar pun selepas tu bayar kat Kerajaan Malaysia balik semula! Tertunggak selama 2 tahun…..bil letrik, bil air, cukai pintu, cukai tanah, bermacam2 cukai…..hutang2 lain jgn cerita lar. Baki boleh lar untuk teruskan kehidupan!

    Reply
  13. Sy pun blm dpt kerja baru masih lgi mencari cari lgi ni moga2 dpt lah duit epf ni 10 k one off jgn bgi 5 k x cukup tu mau byr byk hutang2 bank2 loan rumah loan kereta bill2 tertunggak lgi tlg2 lah kasih ON tu 10 k secepat yg blh god blessed us all amen,,,,,

    Reply
  14. Bukan b40 saja yg perlukan duit kwsp tu,,kamu labur duit kami itu,,kamu untung berlipat ganda,sebap tu bnyk alasan kamu utk bagi duit kami,itu duit kami,hak kami,,bagi saja la,,

    Reply
  15. Ya..kami nak duit kami sendiri…nak tunggu hari tua lum tentu panjang umur ke tak…wahai menteri2 fahamilah nasib kami yang bawahan ni…saya ibu tunggal dah tak bekerja…perlukan duit nak bayar duit rumah,bil2,belanja makan minum anak2…bantuan ibu tunggal pun tak dapat…perihatin dan perikemanusiaanlah…duit kami tu…

    Reply
  16. Saya perlukan duit pusingan modal niaga yg sedia ada. Modal pusingan dah habis masa pkp sebab x boleh jalan niaga. Semua fasiliti lain dah sedia ada. Satangnya modal pusingan dah habis. Nak pinjam banyak sangat syarat yg x cukup Dan x munasabah

    Reply
  17. Tlg la 2 tahun sy x keje di beban ni hutang walau x bnyk.. Igt kepala x sakit ke.. Yg bnyk duit tu bole la ckp x pyah.. Ni yg btl2 memerlukan x boleh bgi..org atasan pandai ckp mcm2 kau duduk seperti kami tgok mcm mna

    Reply
  18. Yg tak cukup 10k pun nak pakai duit juga.bayar ansuran kete bauat hutang ngan orang…kwsp buksn tau kita berhutang ngan orang janji anak beranak tak kelaparan…tengku zafrul duk atas tilam mahal mana nak terasa bab org tido kat lantai…tunggu tua
    Itu alasan katun…saya punya baki kurang sikit 10k..kalau boleh nak tutup terus akaun kwsp…jenuh lah mengharap…

    Reply
  19. yang baki kurang 10k pun patut di ambil kira,boleh keluarkan semuanya one off tinggalkan rm100,,sebab mereka pun terkesan akibat pkp yg lalu,,golongan ini pun byk komitmen juga,byk kena byr,,lebih2 lagi golongan bujang b40,mereka.sudah tiada bantuan dri kerajaan

    Reply
  20. Kenapa kerajaan tak bagi wang kami sendiri (KWSP)? Itu duit kerajaan,Perdana Menteri dan Tengku Zafrul!! Menteri apa tu suruh rakyat berhutang?? Saya nak one-off rm 10,000 diluluskan.Saya orang susah tidak bekerja nak pinjam bayar pakai apa?

    Reply
  21. Kadang2 sakit hati dgn tajuk berita yg gempak seolah pengeluaran sudah diluluskan sebenarnya hanya buat gempak nak suruh org bukak page. Hakikatnya xde benda pun duk ulang berita sama.

    Reply
  22. Apa apapun kerajaan harus ingat,semua tu hasil titik peluh rakyat,,kerajaan diamanahkan untuk menyimpannye untuk kebaikan rakyat,,inilah masanye harus wajib bagi balik duit rakyat bila rakyat dalam kesusahan.Kenapa perlu Ada banyak alasan Dan ulasan yg tak perlu.

    Reply
  23. Berharap sangat 10K One off dgn segera tuk menampung semua tunggakkan hutang2 dan tuk kelangsungan hidup…kami rakyat betul2 memerlukan..

    Reply
  24. Saya nak duit saya sendiri akan nk ambil duit sendiri mcm nk mintak sedekah,kami perlu duit tu utk perbaiki hidup kami yang dah di landa covid 19 tahun lepas,hilang pekerjaan duit sewe rumah,banyak lagi tertunggak,sampi kereta pun dh kene tarik tak dapat nak bayar,nk tunggu duit sendiri dh mcm tunggu kat dalam hutan tunggu durian runtuh

    Reply
  25. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman rumah, kereta pinjaman, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, teroka modal? Atau adakah anda menolak pinjaman bank? Anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda! Saya seorang pemberi pinjaman swasta, saya memberi pinjaman kepada syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2% setahun. Email kami sekarang chosengenerationloancompany@gmail.com

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply