Pengeluaran RM 10,000 KWSP Sekali Bayar Boleh Dilakukan

Perjuangan rakyat Malaysia masih diteruskan untuk pengeluaran RM 10,000 sekali bayar walaupun pihak kerajaan masih diam membisu terhadap pengeluaran yang diminta ini. 

Oleh hal demikian, telah banyak pihak termasuklah pakar perunding kewangan berpendapat bahawa pengeluaran RM 10,000 ini boleh dilakukan dengan syarat tertentu.


PENGELUARAN RM 10,000 PATUT DITERUSKAN

Menurut pendapat pakar Perunding Kewangan, Ieza Yusof, kekurangan kesedaran dan ilmu segi pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan antara faktor utama mengapa sesetengah pihak gagal bangkit daripada kemiskinan.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa sekiranya pengeluaran KWSP Tambah diteruskan akan mengakibatkan ramai ahli KWSP bersara pada garis kemiskinan.

Tetapi, ia bukan bermaksud pengeluaran KWSP tersebut tidak boleh dilakukan.


PENGURUSAN YANG BAIK

Menurut beliau, sebagai perancang kewangan dimana dalam keadaan sekarang terdapat wabak penyakit dan bencana banjir ini, rakyat sedang berada dalam fasa gangguan emosi dan kegawatan ekonomi.

Disebabkan oleh itu, penyelesaian yang ada hanyalah pengeluaran KWSP.

“Saya turut bersetuju untuk ahli KWSP yang ada jumlah wang RM 10,000 itu untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki keadaan emosi dahulu. Tetapi, kita mesti tahu ilmu cara mengurus”, jelasnya

Menurut beliau, lebih baik sekiranya ahli KWSP diberi pendedahan dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang tersebut agar dapat diurus dengan baik dan teratur.

UMNO GESA PENGELUARAN KWSP

UMNO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan permintaan rakyat agar membenarkan pengeluaran wang KWSP secara one-off RM 10,000.

Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Asyraf Wajdi merupakan antara yang sangat memperjuangkan pengeluaran ini sejak dahulu lagi. Namun, setakat ini belum ada lagi keputusan yang positif mengenai pengeluaran ini walaupun Perdana Menteri juga merupakan ahli UMNO.

 

0 thoughts on “Pengeluaran RM 10,000 KWSP Sekali Bayar Boleh Dilakukan”

  1. Pengeluaran KWSP untuk.saya SUHAIMI BIN MOHAMAD.ic.970507035411.wagarnegara malaysia.agama Islam.kapung Pachakan dalam Rhu.16800 pasir Puteh Kelantan.sekara ni.saya berada teranganu.cawangan KWSP Jerteh.

    Reply
  2. lulusknlah.. Pd sy wang itu bleh beri ruang dn pluang utk sy bina smula khidupan sy dn family.. Klu ada wang semua mslh akn jd lebih senang

    Reply
  3. Saya sangat terkesan dan tidak berkerja dan tanpa duit simpanan serta mempunyai sakit tekanan darah tinggi.please help me.my life for now.love malaysia

    Reply
  4. Saya silvaraja a/l Salammuthu,Dari sungai besi ,PPR RAYA PERMAI ,saya tiara kerja hambir 9 Bulan tolong luluskan i- citra 10k one off untuk hutang kereta Dan lain2 lagi , saya ade 2 anak Dan 2 anak saya Masih bersekolah ,ayah saya sudah 71 tahun Bini saya pun tiada kerja tolong luluskan i-citra 10k one off ,terima kasih.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply