PENJANA- Bantuan Khas Ibu Tunggal Bernilai RM 300.00

Mengikut daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lepas, pemberian bantuan khas kepada ibu tunggal merupakan antara insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Syarat Kelayakan Membuat Permohonan 

Bantuan Khas ini hanya terbuka kepada mereka yang berstatus ibu tunggal yang telah disahkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sahaja,


Jumlah Bantuan Khas Ibu Tunggal

Bantuan Khas ini bernilai RM 300.00 dan akan dibayar sekali sahaja (one-off).


Tarikh Permohonan

Pendaftaran telah dibuka bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2020. Manakala tarikh pembayaran belum diumumkan oleh pihak KPWKM setakat ini.

Cara Membuat Permohonan

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan.

  1. Secara manual – Anda boleh terus ke pejabat Jabatan Pembangunan Wanita serta membawa dokumen yang membuktikan anda seorang ibu tunggal.
  2. Secara dalam talian – Anda boleh terus melayari laman sesawang Jabatan Pembangunan Wanita –   https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/   untuk mengisi borang permohonan bantuan khas ibu tunggal.

0 thoughts on “PENJANA- Bantuan Khas Ibu Tunggal Bernilai RM 300.00”

  1. Saya bkn ibu tunggal tetapi suami saya tidak menyara dan memberi nafkah kepada saya dan anak saya boleh ke saya nk mohon sebab saya betul² takda duit dan nak ke pusat zakat kenderaan pon tkda

    Reply
  2. Saya ibu tunggal yg tiada nafkah..saya punya 3 orang anak semua anak belum mendapat perkerjaan. Dan kami tiada pendapatan tetap. Dan saya sudah berumur 54 thn

    Reply
  3. 𝕄𝕒𝕒𝕗 𝕞𝕒𝕪𝕓𝕖 𝕤𝕪 𝕝𝕖𝕨𝕒𝕥 𝕜𝕠𝕥,𝕤𝕓𝕓 𝕤𝕪 𝕓𝕣𝕦 𝕤𝕙𝕛 𝕞𝕖𝕟𝕕𝕒𝕡𝕒𝕥 𝕤𝕚𝕛𝕚𝕝 𝕔𝕖𝕣𝕒𝕚 𝕕𝕣 𝕡𝕒𝕛𝕒𝕓𝕒𝕥 𝕒𝕘𝕒𝕞𝕒 𝕚𝕤𝕝𝕒𝕞,𝕤𝕪 𝕞𝕦𝕝𝕒 𝕓𝕖𝕣𝕔𝕖𝕣𝕒𝕚 𝕡𝕕𝕒 𝕓𝕜𝕟 3/2020.𝕒𝕕𝕒𝕜𝕒𝕙 𝕤𝕪 𝕝𝕒𝕪𝕒𝕜 𝕦𝕟𝕥𝕜 𝕞𝕖𝕟𝕖𝕣𝕚𝕞𝕒 𝕓𝕒𝕟𝕥𝕦𝕒𝕟 𝕚𝕟𝕚.𝕤𝕪 𝕞𝕖𝕞𝕡𝕦𝕟𝕪𝕒𝕚 3𝕠𝕣𝕘 𝕒𝕟𝕜 𝕓𝕒𝕨𝕒𝕙 𝕥𝕘𝕘𝕦𝕟𝕘𝕘𝕒𝕟 𝕤𝕪𝕒

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply