Penjelasan Maksud Permohonan i-Sinar

 

Keputusan permohonan i-Sinar Kategori 1 telah diumumkan bermula 4 Januari. Kepada yang belum membuat semakan anda boleh buat disini : Semakan i-Sinar

Pelbagai reaksi yang diterima. Ada yang gembira ada juga yang sedih kerana permohonan kategori 1 telah ditolak.

Selain itu, ramai para pemohon yang masih tidak tahu maksud keputusan permohonan tersebut seperti diterima, dalam proses, diluluskan, gagal dan lain-lain.
Sila ikuti penjelasan di bawah 

Maksud Permohonan i-Sinar Kategori 1

1) PERMOHONAN DITERIMA

Jika anda baru sahaja mendaftar pada laman portal i-Sinar maka status ini akan dipaparkan. Hal ini bermaksud anda baru membuat permohonan dan semakan permohonan belum boleh dibuat. 

Anda perlu sentiasa peka dan sentiasa semak kembali permohonan anda untuk mengetahui keputusan.

2) PERMOHONAN DALAM PROSES

Status ini akan dipaparkan sekiranya permohonan baharu anda sedang diproses dan dalam semakan pihak KWSP.

Akhir daripada proses ini anda akan menerima keputusan sama ada lulus atau gagal bergantung kepada kelayakan anda.


3) PERMOHONAN DILULUSKAN 

Setelah permohonan anda diproses dan akhirnya berjaya diluluskan oleh pihak KWSP. Setelah anda melihat paparan LULUS terlebih dahulu anda perlu ucapkan kesyukuran.

Tarikh bayaran akan diumumkan bersama paparan lulus tersebut. Sekiranya bayaran belum masuk pada tarikh yang ditetapkan kemungkinan anda perlu menunggu beberapa hari lagi.

4) PERMOHONAN GAGAL

Setelah dinilai semakan kelayakan anda, mungkin nasib anda malang dan keputusan permohonan GAGAL.

Kepada permohonan yang gagal, KWSP menyarankan supaya anda membuat permohonan bagi Kategori 2 pada 11 Januari nanti.

Informasi berkaitan rayuan Kategori 1 tiada setakat ini.

5) PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima

6) PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.




0 thoughts on “Penjelasan Maksud Permohonan i-Sinar”

  1. Kwsp tak adil patut kalau nak bagi,bagi lah semua tak payah pilih semua memerlukan duit buat apa nak bersyarat,lepas ni tak buat caruman llg bagus

    Reply
  2. Jikalau tak cukup duit, berterus terang shj lah, kami blh maafkan ! Jgn sampai nak buat roti canai,berpusing pusing !! Kalau tak dak duit nak bg balik, izinkan kami stop buat caruman sehingga keadaan covid ni berakhir ! Cam ni baru adil ma..

    Reply
  3. Permudahkan urusan rakyat,hampuskan bersyarat…rakyat semua perlukan duit sama ada masih berkerja ataupun tidak…rakyat lagi pandai berfikir itu susah..pada musim covid-19 ini..kepada CEO KWSP awak kaya raya,,awak mana kenal apa itu susah..tapi awak kena ingat karma itu ada..menjawaplah 1-1 sama rakyat nanti…

    Reply
  4. Bagi sya lulus atau gagal sma sja,tak perlu bnyak fikir sebab apa yg dpat awal tu ada baik jga dan yg x dpt tu ada baik jga kn utk masa hadapan,yg penting sabar…janji stedy medy..✌️🤠

    Reply
  5. Kepada pencarum KWSP saya nasihat kan jangan mencarum lagi KWSP lagi baik simpan ASB saya dah mula stop mencarum KWSP supaya siaran KWSP tidak berhak ambil duit saya…saya memohon KWSP gagal sekarang saya dah ambil keputusan tak mencarum lagi..saya haram kan gaji kaki tangan KWSP makan hasil duit rakyat..

    Reply
  6. Lihat lah dunia sekarang yang di landa wabak covid19… Andai kata pencarum tu tidak sempat merasa hasil titik peluh sendiri, TIDAK Kah CEO KWSP, PENGARAH KWSP, PEGAWAI2 KWSP RASA BERSALAH KERANA TIDAK DAPAT MEMBANTU PENCARUM YANG SANGAT MEMERLUKAN… ADA KAH PATUT MENGENAKAN SYARAT DAN SEHINGGA PENCARUM ITU SAKIT DAN MENINGGAL… SYURGA DAN AKIRAT ITU PASTI… KALAU SEORANG MENYUMPAH DOSA TIDAK DI AMPUNKAN JIKA BERATUS RIBU YANG MENYUMPAH… MACAM MANA… HAPUSKAN SYARAT PENGELUARAN… ITU DUUT PENCARUM HASIL TITIK PELUH PENCARUM, SUSAH PAYAH KERJA MEMBANTING TULANG… MASA NE LAH CEO KWSP MEMBANTU RAKYAT… BELUM TENTU ESOK MASIH ADA… HARAP CEO KWSP DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA TERBACA STATUS NE…

    Reply
  7. Saya ibu tunggal tu je satu2. Nya harapan nk selesai kan mana ank nk masuk sekolah lagi tau2 x dapat Allahu i kecewa terus, org kalau senang x mintak duit rasa nya kwsp pn boleh semak berapa pendapatan setiap ahli dalam sebulan dan setahun x kn bnda tu pn nk. Sekat2 duit sendiri bukan duit org lain

    Reply
  8. X faham lah… Mungkin yg bnyk duit d dlm kwsp to x layak lulus.. Rmai sya kenal simpanan x smpi 10k lulus… Ada kwan ini banyk duit d kwsp. Lepas to kena buang kerja time covid… X lulus pulk… Macam ada baik, ada x baik juga ini I SINAR… (SINAR@GELAP)

    Reply
  9. Sepatutnya KWSP kena tapis dlu bg org yg memerlukan kan dlu.nie tidak yg dapat suma yg kaya raya dah.kesian yg gaji rendah yg ramai ank mereka lg memerlukan.tambah pulak nie nk buka sekolah dah lagi nk pki duit

    Reply
  10. Sampai hati kerajaan buat mcm ni, knpe msti bersyarat?knpe x same adil?Bagi jelah same rata😭Jgn ingt yg msih mencarum tu x terjejas!Sedeh biler sebut pasal hal ni.Tengok org lain dpt, rase kempunan dgn duit sdri.Xkn nk kna brenti kerja@brhenti mencarum,bru boleh dpt!Ingt klu dpt boleh la nk bayar bil2 yg tertunggak.x ksampaian😞.Ya Allah ya tuhanku,Aku mohon kpdmu ya Allah..kau tunjukkan lah aku jln yg lurus,jln yg engkau redhoi, jln2 yg engkau beri nikmat,jln2 yg tidak memalingkan aku darimu Ya Allah,Sesungguhnya engkau tidak akan memberi beban lebih dri kemmpuanku,krna Engkau Maha mengetahui stiap yg brlaku. Aamin ya Rabbal a'lamin.

    Reply
  11. kwsp tarak duit apa.. tiap2 bulan bejuta juta duit pekerja carum.. kejadah dia tkde duit.. mana pergi duit umat pekerja ni yg bejuta org duk keje siang malam.. kwsp keje melesapkan duti pekerja ke?

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply