Permohonan Baharu & Kemaskini BPR Bermula 15 Januari Hingga 15 Februari

 

Berita yang ditunggu-tunggu selama ini telah pun tiba iaitu mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

 Menurut daripada carian, portal rasmi BPR telah dibuka untuk pemohonan membuat permohonan baharu atau kemaskini.

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan diberikan nama baharu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Pengubahan nama tersebut juga telah menyebabkan terdapat jumlah bantuan yang telah diperbaharui.

Tarikh Permohonan Baharu dan Kemaskini BPR 2021


Info yang telah diperolehi daripada portal rasmi BPR memaklumkan bahawa permohonan baharu dan kemaskini telah dibuka bermula
  • 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
  • Tarikh di atas tertakluk kepada perubahan semasa
  • Pemohon amat disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.

Siapa Yang Perlu Membuat Permhonan Baharu ?


Terbuka kepada pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah.

Siapa Yang Perlu Membuat Kemaskini ?

Pemohon yang pernah dapat bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0. Anda hanya perlu membuat kemas kini sekiranya terdapat maklumat peribadi yang perlu anda ubah.

Syarat Kelayakan dan Jumlah Bantuan BPR 2021

Kategori 1
  • Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 2
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
  • Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 3
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
  • Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori Bujang
  • Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada mereka yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 350
Panduan mengenai permohonan dan kemaskini BPR 2021 akan kami tulis pada artikel yang seterusnya. Buat setakat anda perlu rujuk portal rasmi BPR  https://bpr.hasil.gov.my/



0 thoughts on “Permohonan Baharu & Kemaskini BPR Bermula 15 Januari Hingga 15 Februari”

  1. Sy nk tnya status sy skrng nie mcm mne sbad sy bru kawin bulan 11/1/2021 ..sy nk mohon utk bujang kee yg dh kawin sdab kad nikah belum siap lg ..so skrng nie sy tnggu pejabat agama col untuk ambik kad nikah

    Reply
  2. Sya x dapat memohon. Dah try masukkan nombor ic tapi nama umur jantina xdapat nak isi. Bila nak hantar permohonan dia kata x lengkap mesti kena isikan juga 3benda tu

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply