Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Dibuka Sehingga 31 Oktober 2020

Terkini, kerajaan telah membuka kembali permohonan ibu tunggal berjumlah RM 300. Hal ini kerana, menerusi pernyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya sebanyak 25,000 daripada 95,000 borang permohonan yang dihantar dapat diluluskan oleh kementerian.


Permohonan yang gagal tersebut terpaksa ditolak kerana apabila ditapis terdapat diantaranya yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan memberi maklumat yang salah.

Maklumat yang sahih amat diperlukan kerana setiap permohonan akan ditapis semula oleh audit. Nasihat menteri, beliau berharap kepada yang gagal perlu menyemak semula permohonan yang telah dihantar dan perlu memberikan maklumat yang tepat.

Disebabkan itu, kerajaan telah meneruskan jadual waktu permohonan bantuan ibu tunggal ini.

Penerima BPN 2.0? Semak ini : Semakan Status BPN 2.0 dan Cara Permohonan Baru BPN 2.0

Tarikh Tutup Permohonan 

Seperti yang dinyatakan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meneruskan waktu permohonan sehingga

  • 31 Oktober 2020
Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal 
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM 960 atau perkapita RM 244
  • Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan ini secara online atau manual
Cara Membuat Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal 
  1. Secara Manual
  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN 
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi Pemohon Sabah)
  • Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi Pemohon Sarawak)
  • Borang Permohonan : KLIK DISINI
     2. Secara Online
  • Anda perlu mengisi borang permohonan secara online mengikut negeri pemohon
  • Klik dan pilih lokasi negeri anda KLIK DISINI
Dokumen Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal


Dokumen Mandatori Yang Perlu Dibawa dan Telah Disahkan :
  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  3. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin (MyKid, MyKad, Sijil Anak Angkat daripada JPN)
  4. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kemati
  5. Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan  (Surat Pengesahan Pendapatan daripada penghulu, majikan atau mana-mana pihak yang boleh sahkan)
Dokumen Sokongan 
  1. Surat Akaun Doktor (sekiranya perlu)
  2. Surat Akaun Sumpah (sekiranya dalam proses cerai)
Semakan Status Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal 

Pemohon boleh membuat semakan ke atas dengan memasukkan No. Kad Pengenalan pada pautan berikut : SEMAK DISINI
Semoga informasi diatas dapat membantu anda untuk membuat permohonan bantuan khas terbabit. Semoga anda berjaya ! Terima kasih telah membaca di kerjasemasa.com.

0 thoughts on “Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Dibuka Sehingga 31 Oktober 2020”

  1. Banyk kali mohon utk ibu tungal dng jkm xpenah yg dpt…bile pegi pjbt jkm tgk org yg mohon semuanye bekemapuan xde yg cacat cela..sy yg ade sakit tulang belakng dng urat saraf dlm keadaan sakit sy panjat pjbt jkm..buta ke mata buta hati…

    Reply

Leave a Reply to Amylia4hero78 Cancel reply