Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Bermula Pada 15 Oktober

 

Seperti yang sedia maklum, anda tidak perlu membuat permohonan baru BPN 2.0 sekiranya anda telah menerima Bantuan Prihatin Nasional yang lalu (BPN 1.0). Bantuan akan automatik masuk ke akaun anda pada hujung Oktober dan Januari 2021.

Manakala, permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah untuk mereka yang tidak pernah menerima BPN 1.0 yang lalu. 

Baca juga : Semakan BPN 2.0 Bermula 15 Oktober

Tarikh Permohonan 

Permohonan baru dibuka selama sebulan. Anda boleh membuat permohonan bermula pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020 .

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sahaja layak untuk menerima BPN 2.0

Memohon BPN 2.0 Secara Manual : Muat Turun Borang Permohonan Anda Disini

Tarikh Menerima Bayaran 2.0 (Permohonan Baru)

Kepada mereka yang akan lulus permohonan baru BPN 2.0 ini, pembayaran akan dilakukan secara sekali gus pada bulan Januari 2021.

Berbanding mereka yang akan menerima secara automatik, mereka akan menerima dalam 2 fasa iaitu pada Oktober dan Januari 2021.

Saranan LHDN, baca ini : LHDN Sara Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuat Secara Online

Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0

Kepada pemohon baru BPN 2.0 yang merupakan  bukan penerima BPN 1.0 berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
Kategori BPN 2.0 Golongan B40 

  • Isi Rumah
    • Kahwin atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,000 ke bawah


  • Bujang
    • Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
    • Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM 2,000 dan ke bawah

Kategori BPN 2.0 Golongan M40

  • Isi Rumah
    • Kahwin atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,001 hingga RM 8,000
  • Bujang
    • Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
    • Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM 2,001 hingga RM 4,000
Cara Membuat Permohonan Baru BPN 2.0


Kepada mereka yang layak dengan syarat kelayakan yang telah ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan baru pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020.
Maklumat Lanjut :

Kementerian Kewangan Malaysia :
  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191

0 thoughts on “Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Bermula Pada 15 Oktober”

Leave a Reply to Wan Cancel reply